“Fazley Yaakob Terpaksa ‘Berkurung’ Di Singapura,” Anak-Anak Menangls Terpaksa Lama Berjauhan

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memaklumkan bahawa dia kini terpaksa untuk kekal berada di Singapura bagi menghabiskan baki penggambaran sebuah program masakan di negara tersebut.

Menurut Fazley, 42, biarpun berada di luar negara ketika penularan wabak COVID-19, dia tetap mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

“Saya dengan pihak produksi di Singapura sebulat suara bersetuju untuk saya tidak balik Malaysia sehingga saya selesai penggambaran semifinal dan final program #KekChampion.

“Kehidupan di Singapura berjalan seperti biasa, masing-masing sangat bertanggungjawab dalam porses menjaga kebersihan dan keselamatan diri.

“Saya juga tak ke tempat-tempat umum yang ramai orang, saya tak bersalaman dengan sesiapa dan sentiasa ada sanitizer dengan saya,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

View this post on Instagram

Tadi anak2 saya tengok clip videocall saya dengan @elliefazley serta pesanan saya untuk mereka semua, masing2 terus menangis nakkan Dida dia pulang hari segera. I will be home soon ok baby Dida semua, Im missing all of you so much too! #stayathome ok boys.. I love you all so very much! @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley 😭 . (Boleh tengok post saya sebelum ini yang ada videocall dengan Ellie) >>>Saya dan pihak produksi di #Singapura sebulat suara bersetuju untuk saya tidak balik #Malaysia sehingga saya selesai shoot semifinal dan final program #KekChampion. Memang tak dinafikan, sedih sebab lama sangat berjauhan dengan keluarga. Tapi ini pilihan terbaik atas sebab tanggungjawab yang belum selesai. Kehidupan di Singapore berjalan seperti biasa, masing2 sangat bertanggungjawab di dalam proses menjaga kebersihan dan keselamatan diri. Saya juga tak ke tempat2 umum yang ramai orang, saya tak bersalaman dengan sesiapa dan sentiasa ada sanitiser dengan saya. . Buat keluarga dan rakan-rakan yang berada di Malaysia, pastikan anda tak keluar rumah jika tiada urusan penting. Ambil masa ini untuk bersama keluarga tercinta. Jika upload status dan gambar di sosial media, uploadlah yang baik-baik sahaja. Tak usah buruk sangka dan mencari salah. We are all in this together . Buat semua medical frontliners, ANDA HERO KAMI! Terima kasih kerana bertugas demi negara tercinta.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Dalam posting tersebut, pelantun lagu Asmara Ini itu turut berkongsi rakaman video perbualan anak-anaknya yang menangis disebabkan terpaksa berjauhan dengannya.

“Memang tak dinafikan sedih sebab lama sangat berjauhan dengan keluarga, tapi ini pilihan terbaik atas sebab tanggungjawab yang belum selesai.

“Tadi anak-anak saya tengok klip panggilan video saya dengan @elliefazley serta pesanan saya untuk mereka semua, masing-masing terus menangis nak Dida dia pulang hari segera. Dida akan pulang ke rumah tak lama lagi baby Dida semua,” ceritanya.

Terdahulu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam sehingga 31 Mac ini termasuklah sekatan perjalanan ke luar negara dan menyekat kemasukan pelawat ke negara ini.

Ia merupakan salah satu usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang sudah memasuki gelombang kedua di negara ini.

Artikel Berkaitan   Mamat Exists Sekali Lagi Ditahan Polis Miliki 'serbuk putih'