Firman Pula Dakwa DSV Hadiahkan Berlian Palsu – “Sampai Sekarang DSV Tidak Balas Mesej Saya”

Selepas Aishah nampaknya seorang lagi pemenang Gegar Vaganza tampil mendakwa hadiah berlian yang diberikan Datuk Seri Vida palsu. Penyanyi Indonesia, Firman Siagian mula meragui ketulenan berlian miliknya selepas menonton berita tuntutan yang dibuat Aishah.

“Sekitar Mac 2018 saya mengunjungi sebuah kedai emas di Bandung untuk menyemak nilainya di Indonesia. Soalan pertama mereka ialah mengenai sijil berlian itu. Tapi saya maklumkan tidak ada kerana ia adalah hadiah”

“Lebih pelik apabila jurujual itu enggan memaklumkan sama ada berlian itu asli atau tidak. Kalau Aisyah yang menjadi juara pun dapat berlian palsu, apatah lagi saya di tempat kelima, logiknya begitu”

Menyedari Aishah berjaya menuntut hak dalam hadiah berlian palsu baru-baru ini, Firman berharap beliau juga dapat menuntut hak yang sama. Namun jelas Firman, sehingga kini DSV masih tidak membalas pertanyaannya.

“Tentu saja saya ingin menuntut hak yang sama. Kalau palsu saya juga harus tuntut benda yang sama. Jadi saya menghubungi Datuk Seri Vida menerusi Whatsapp tapi sehingga kini dia tidak menghiaraukan saya,” jelasnya.

Sebelum ini Aishah berjaya mendapat tuntutan selepas mediasi kedua belah pihak. Dalam tututan itu Aishah berjaya mendapat ganti rugi barangan kemas bernilai RM80,000 (sama nilai hadiah yang diberikan ketika program itu).

(Visited 402 times, 1 visits today)