[Foto & Video] Suasana Meruntun Jiwa Sepanjang Pengebumian Arwah Ashraf Sinclair

Berita mengejutkan terhadap bekas pelakon utama Gol & Gincu dan suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia.

Suasana hiba menyelubungi rumah BCL dan dipenuhi dengan pihak media. Gambar dan video menyanyat hati yang diuntai dari Youtube Trans 7 ini ternyata mengundang rasa sebak.

BCL tak dapat menahan sebak

Orang ramai mengelilingi jenazah Ashraf Sinclair yang ditutupi kain batik berwarna coklat dan kepalanya ditutup dengan kain putih.

Sementara itu, BCL yang memakai serba putih hanya termenung, tampak jelas kesedihan atas pemergian orang tercinta.

Malah, dapat dilihat BCL tak mampu nak tahan sebak saat menyambut tetamu yang tiba di kediamannya.

Berikut merupakan foto dan rakaman video suasana hiba di sekitar rumah BCL.

 

Artikel Berkaitan   Dua Tahun Kerja Ubahsuai Rumah Tak Siap, Che Ta Maki Hamun Kontraktor Melayu Larikan Diri