Gambar: Empat Disyaki Pengganas Mati Ditembak di Lapangan Terbang Labuan

LABUAN, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Empat orang pengganas mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembakan di Lapangan Terbang Labuan pagi semalam.

Kejadian yang menggemparkan itu bermula apabila kelima-lima pengganas tersebut bergerak masuk ke kawasan kargo Lapangan Terbang Labuan menggunakan sebuah van milik Pos Malaysia yang dipercayai telah dirampas sebelum itu.

Setibanya di pintu masuk bahagian kargo seorang pengganas melepaskan tembakan kepada salah seorang anggota Polis Bantuan yang bertugas di pos kawalan keselamatan.

Superintendan Muhamad Farid Ahmad ketika ditemubual media
Superintendan Muhamad Farid Ahmad ketika ditemubual media

Kumpulan pengganas yang bersenjatakan beberapa pucuk pistol dan pedang samurai terus meluru ke dalam kawasan simpanan kargo serta berusaha memindahkan beberapa tong mengandungi bahan merbahaya yang dipercayai ada kaitan dengan perancangan mereka melancarkan serangan di luar negara.

Pihak polis yang menerima panggilan daripada Pihak Pengurusan Lapangan Terbang Labuan terus menghantar satu unit kenderaaan pelbagai guna (MPV) mereka ke tempat kejadian sebelum mengerahkan dua unit Rapid Team dari Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan.

Kumpulan Pengganas yang menyedari kehadiran pihak polis telah melepaskan beberapa tembakan menyebabkan Rapid Team terpaksa membalas tembakan dan berjaya membunuh empat pengganas di tempat kejadian.

kumpulan pengganas sedang mengalihkan beberapa tong berisi bahan merbahaya dan menawan dua orang tebusan
kumpulan pengganas sedang mengalihkan beberapa tong berisi bahan merbahaya dan menawan dua orang tebusan

Manakala seorang lagi pengganas sempat menjadikan dua pekerja bahagian kargo sebagai tebusan sebelum pihak polis cuba memujuknya. Pihak polis turut membawa ibu kepada pengganas itu untuk memujuknya bagi menyerah diri.

Semasa proses tersebut berjalan, seorang tebusan telah cuba melarikan diri menyebabkan keadaan kelam kabut dan Rapid Team mengambil kesempatan itu untuk bertindak menahannya.

Artikel Berkaitan   “Ketika P0litik Meruncing,” Hadi Awang Tetap Tenang Beri Kuliah Dhuha Di Masjid

Kronologi serangan pengganas di Lapangan Terbang Labuan itu bermula lebih awal apabila salah seorang pengganas tersebut yang menyamar sebagai orang awam telah meninggalkan sebuah beg mengandungi bahan kimia merbahaya di hadapan kawasan pelepasan Lapangan terbang pada kira-kira jam 10.33 pagi.

Salah seorang pengganas mengancam untuk membunuh dua orang tebusan
Salah seorang pengganas mengancam untuk membunuh dua orang tebusan

Dua anggota polis bantuan yang bertugas kemudiaannya bertindak memeriksa beg berkenaan menyebabkan mereka pengsan selepas terhidu bahan kimia tersebut. Dua orang awam yang berada berhampiran bertindak membantu anggota polis berkenaan namun kedua-dua mereka juga terhidu bahan kimia tersebut dan pengsan di tempat sama.

Pihak Pengurusan Lapangan Terbang serta merta menutup kawasan tersebut dan menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rescue Fire Fighting Service (RFFS) TUDM dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pasukan Bomba TUDM yang tiba di tempat kejadian menganalisa situasi dan bahan kimia tersebut. Pasukan Hazardous Material Unit Team atau HAZMAT terpaksa dikerah untuk membantu proses nyah cemar bahan kimia dan mengeluarkan keempat-empat mangsa dari tempat kejadian.

Rapid team mengawasi salah seorang pengganas yang membawa tebusan
Rapid team mengawasi salah seorang pengganas yang membawa tebusan

Semua babak-babak cemas yang berlaku di Lapangan Terbang Labuan tersebut adalah sebahagian dari senario Latihan Berkala Penuh atau Full Scale Exercise (FSE) 2018 berdasarkan Airport Emergency Plan Part 8: Act of Aggresion on Ground Facility anjuran Malaysia Airport Labuan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, TUDM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Artikel Berkaitan   'Suami dia curang pun sebab bini kurang ajar, selalu minta cerai' - Wanita dituduh rosakkan rumah tangga orang tampil beri penjelasan + bukti

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, semua agensi yang terlibat berganding bahu bagi memastikan latih amal tersebut berjalan dengan lancar.

Rapid team berjaya menahan pengganas terakhir dan membebaskan tebusan
Rapid team berjaya menahan pengganas terakhir dan membebaskan tebusan

“Pihak PDRM dan agensi-agensi lain sangat bersedia menghadapi sebarang situasi atau ancaman di Lapangan Terbang Labuan.

“Koordinasi dari peringkat perbincangan hingga ke peringkat pelaksanaan sangat baik dan berjaya dilaksanakan mengikut SOP serta masa yang ditetapkan,”katanya.

Tambahnya, seramai 250 pegawai serta anggota pelbagai agensi terlibat dalam latih amal yang juga dijalankan setiap tahun itu.

EM