Gambar Kanak-Kanak Istimewa Menyuap Makanan Kepada Rakannya Yang Juga Senasib Dengannya Jadi Perhatian

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Sudah tentu pelbagai ragam dan juga keletah anak-anak terakam dek lensa kamera dan dimuat naik ke media sosial.

Bagi situasi anak-anak kecil yang memasuki pra sekolah ataupun tahun satu, sudah tentu ada yang menangis kerana bakal tinggalkan belajar di sekolah tanpa ditemani ibu dan ayah. Namun, masih ada yang tidak kekok memulakan persahabatan.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Ct Hajar Ibrahim, dia telah memuat naik beberapa foto yang begitu menyentuh hati.

Hajar yang bertugas sebagai pembantu makmal telah berkongsi satu posting kanak-kanak isitmewa menyuap makanan kepada rakannya yang juga senasib dengannya.

Situasi comel itu telah medapat perhatian ramai kerana kedua-dua pelajar tersebut merupakan murid kelas pendidikan khas. Mereka dilihat begitu akrab dan salah seorang daripadanya tidak kekok menyuap makanan ke mulut rakannya.

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen di Facebook sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa terharu melihat kasih-sayang yang ditunjukkan oleh mereka walaupun masing-masing boleh dikategorikan sebagai anak syurga.

Mereka juga mendoakan agar keduanya terus mengorak langkah berjaya dalam kehidupan dan menjadi contoh kepada semua dalam hubungan persahabatan.

Sumber: Ct Hajar Ibrahim

Artikel Berkaitan   "Pada Yang Buat Benda Ni, Terimalah Balasan Tuhan Nanti. Terkejut Aku Buka-Buka Sampul Surat Dapat Benda Macam Ni”