
Baru-baru ini, PU Abu memuatnaik sebuah gambarnya di Instagram memakai mask dan memesan kepada rakyat Malaysia agar menjaga kesihatan diri. Yang sis pelik dengan perangai netizen ni haa. Tak habis-habis nak kecam orang. Orang tu nak post gambar pun asyik kena kecam je.
Sudah-sudahlah tu gais. Dia pakai surgical mask. Mungkin dia tak tahu. Eleh, korang pun sebelum ni pakai surgical mask juga kan? Mengaku jelah. Cuma baru-baru ni kementerian kesihatan baru je bagitahu korang semua suruh pakai mask N95. Kalau tak?
Jangan kecam orang sebab korang pun sama je! Hahaha. Apapun, sis doakan korang semua dalam lindungan Allah dan jangan lupa untuk jaga kesihatan korang okay. Minum air secukupnya dan kurangkan aktiviti di luar rumah tau.