Gara-Gara Eksiden Lelaki Ini Terus Membun*H Mangsa, Polis Minta Orang Awam Tampil Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang, kelmarin, untuk tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata ketika ini, pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kami mengalu-alukan kerjasama orang awam dan saksi kejadian membabitkan siasatan kes ini.

“Polis masih dalam proses siasatan, kita akan memberi perkembangan baharu jika ada,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Fadzil turut menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung inti pati dan punca kejadian itu terutama di media sosial.

“Macam-macam versi cerita kejadian itu dimuat naik di media sosial. Tidak pasti jangan kongsi kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Semalam, mangsa yang dilaporkan maut akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di lebuhraya berkenaan.

Suspek dan isteri berusia 36 tahun yang turut berada di lokasi kemalangan kini direman tujuh hari bermula semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat. – K! ONLINE

(Visited 942 times, 1 visits today)