Gara-Gara Melakukan Kekerasan Kepada Polis Farid Kamil Bakal Merengkok Dalam Penjara 13 Bulan

PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara 13 bulan atas tuduhan kekerasan jenayah dah keluar perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis.

Pada 21 Jun 2019, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu membela diri atas empat pertuduhan termasuk menampar anggota polis trafik dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 2018.

Pada 16 Januari 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad, 36 dan Konstabel Mohd Nizam Jamaluddin, 25.

Farid Kamil juga didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd Nizam dengan niat menghalangnya melakukan tugas.

Bagi pertuduhan keempat, pelakon itu turut didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Mohd Nizam sehingga boleh mendatangkan kemarahan.

Semua kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.

kredit harian metro