Gara-Gara Seekor Kucing, 2 Lelaki Ini Menemui Ajal Selepas Merempuh Pokok

JITRA – Dua lelaki maut selepas kereta Proton Satria Neo yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, Mohamad Irfan Rosli dan Muhammad Aswad Mokhtar masing-masing berusi 23 tahun dalam perjalanan dari arah Pekan Jitra menghala ke Kepala Batas.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Mohamad Irfan dipercayai cuba mengelak seekor kucing yang berada di tengah jalan sebelum kereta berkenaan hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta berkenaan remuk di sebelah kanan dan kedua-dua meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua sahabat itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan   “Saya Ada Terjumpa Satu Syiling Lama, Masa Di Rumah Tiba-Tiba Ada Barang Jatuh Terkena Saya. Saya Tidak Hirau, Kemudian Tiba-Tiba Barang Lain Jatuh”