Gara-Gara Tak Dapat Duit , Lelaki Ini Membunuh Ibunya, Paling Tak Logik Lagi Beliau Menggoreng Otak Ibu Sendiri

Berang tidak diberikan wang untuk membeli alkohol, lelaki berusia 32 tahun sanggup membunuh ibunya dengan kejam sebelum menggoreng otak mangsa di dalam kuali untuk di makan.

Suspek, Sitaram Iraon, dari perkampungan Botalda, India, didakwa membunuh ibunya, Phoolbai, 50, dengan kapak, dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.

Menurut laporan media tempatan, suspek selalu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukul ibunya. Tidak tahan dengan perbuatan suspek, mangsa enggan lagi memberi anaknya wang untuk membeli alkohol.

Berang tidak diberikan wang, suspek mengambil kapak lalu menyerang kepala ibunya sebelum mengeluarkan otak mangsa lalu digoreng di dalam kuali untuk dimakan.

Kejadian itu turut disaksikan oleh kakak ipar suspek yang kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan oleh pihak polis semalam.

Siasatan awal polis mendapati, suspek berada dalam keadaan tidak waras dan ketika ditahan, suspek ditemui bersembunyi di kawasan berhampiran dengan pakaiannya berlumuran darah.

Suspek mengaku melakukan pembunuhan kejam itu dan dia bakal dikenakan tindakan undang-undang. – Agensi

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Artikel Berkaitan   Remaja 13 Tahun Dipaksa Kahwin Jadi Isteri Kelima, Paling Sukar Diterima Anak Suaminya Itu Sebaya Dengannya