Gara-Gara Tak Mampu Baca Al-Quran Dengan Baik, Pegawai Tinggi Akan Dibuang Kerja

Sejumlah pegawai tinggi di kawasan pentadbiran Gowa, Sulawesi Selatan, bakal dibuang kerja gara-gara tidak fasih membaca Al-Quran.

Menurut laporan The Jakarta Post, tempoh selama enam bulan telah diberikan supaya pegawai berkenaan dapat memperbaiki bacaan masing-masing.

“Ia berdasarkan perjanjian yang sudah ditandatangani,” kata Ketua Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan.

Seramai 14 daripada 76 pegawai tinggi beragama Islam yang baru dilantik dalam pentadbiran itu, dilaporkan gagal dalam ujian membaca Al-Quran.

Ujian berkenaan dilakukan sebagai sebahagian daripada proses pengambilan terbuka bagi jawatan pegawai tinggi.

“Kebolehan membaca al-Quran secara fasih antara kriteria yang perlu dipenuhi sebelum memegang jawatan tinggi di kawasan pentadbiran Gowa,” kata Ketua Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia, Muh Basir.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Pelakon Terkenal Hongkong Ini Cedera Ditikam Oleh Pembunuh Misteri Ketika Sedang Berbuakl Dengan Tetamu