Gara-Gara Tak Puas Hati Kereta Dikunci, Lelaki Rambut Oren Bertindak Kasar Dengan “Pak Guard” Sehingga Berlumuran Darah

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan sebuah kondominum di Setapak di sini cedera dalam satu pergelutan dengan seorang pemilik kereta gara-gara tidak berpuas hati tayar keretanya dikunci.

Dalam satu klip video berdurasi 1 minit 4 saat yang dimuat naik di Facebook petang tadi, kelihatan pengawal keselamatan berkenaan yang berlumuran darah sedang bergelut dan cuba menangkap penyerangnya namun dileraikan oleh seorang lelaki.

Kereta jenis Honda yang tayarnya dikunci kerana diletakkan di parkir OKU.

Pengawal keselamatan warga asing berkenaan cuba menghentikan pendarahan pada bahagian telinganya dengan tangan sambil ditenangkan oleh rakan sekerjanya.

Melalui klip video berkenaan juga, terdapat sebuah kereta jenis Honda dikunci tayarnya kerana diletakkan di parkir orang kurang upaya (OKU)

Difahamkan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap video berkenaan.

Lelaki berkenaan beredar selepas dileraikan oleh seorang lelaki dipercayai rakannya.

pengawal keselamatan cederakunci tayar kereta

Artikel Berkaitan   Gelabah Masa Sekatan Jalan Membongkar Pasangan Warga Emas Ini Pemakai “Gelang Pink”