Gara-Gara Telur Goreng, Isteri Dipukul Suami Sampai Berdarah Nekad Buat Laporan Polis

HANYA kerana menolak permintaan memasak telur goreng kerana sudah menghidang lauk lain, seorang wanita berdarah di kepala dan lebam di tangan akibat dipukul suaminya di kediaman mereka di Rawang, kelmarin.

Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa berusia 38 tahun berselisih faham dengan suami, 40-an kerana lelaki terbabit ingin meminta dia menggoreng telur.

Menurut sumber, wanita terbabit menolak permintaan itu kerana sudah memasak lauk lain menyebabkan suaminya marah dan berlaku pertengkaran.

“Malah lelaki terbabit bertindak memukul mangsa dengan kerusi plastik menyebabkan kepala berdarah.

“Selepas keadaan kembali reda mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Rawang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Pada Usia Sekarang Saya Okey Dan Larat Lagi Untuk Bekerja. Setakat 47 Tahun Okey Lagi. Tidaklah Tua Sangat”