Gara-Gara Terpaksa Balik Rumah Dalam Tempoh Lama, Pelajar Sedih Kura-Kura Tinggal Rangka

Ekoran daripada pendemik COVID-19, ramai pelajar terpaksa menjalani pembelajaran secara atas talian dan meninggalkan kampus masing-masing untuk tempoh yang agak lama.


Disebabkan itu, seekor kura-kura peliharaan yang dibela pelajar di Wuhan ini hanya tinggal rangka selepas lapan bulan ia ditinggalkan tanpa penjaga.

Menurut pemiliknya, Lin Buxiu, 22, beliau kembali ke kampung halaman sejak 12 Januari lalu sebelum terperangkap di kampung akibat COVID-19. Sepanjang tempoh perintah berkurung dikuatkuasa, beliau telah meninggalkan kura-kura peliharaanya itu di kampus.

Menerusi video yang tular di TikTok, Lin meluahkan rasa terkejut dan bersedih dengan nasib yang menimpa kura-kuranya itu.

kredit era