Gara-Gara Tidak Berpuas Hati Kerana Disaman Polis, Lelaki Ini Bertindak Ganas Lalu Membakar Motornya

NEW DELHI – Gara-gara tidak berpuas hati disaman polis trafik, seorang lelaki bertindak diluar jangkaan apabila membakar motosikalnya dalam kejadian di selatan Delhi, India semalam.

Lelaki terbabit disaman kerana tidak memakai topi keledar, tiada lesen dan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

“Polis mengeluarkan saman keseluruhan berjumlah 16,000 Rupee (RM933).

“Di bawah undang-undang baru, pesalah trafik yang menunggang dalam keadaan mabuk didenda 10,000 Rupee, tidak memakai topi keledar 5,000 Rupee dan 1,000 Rupee bagi kesalahan tiada lesen.

“Kerana tidak berpuas hati, lelaki itu bertindak mencurah petrol ke atas motosikal sebelum menyalakan api,” kata jurucakap polis, Parvinder Singh.

Susulan itu, lelaki terbabit telah ditahan dan dibawa ke balai polis di Malviya Nagar untuk disiasat. – Agensi

(Visited 14 times, 1 visits today)