Gara-Gara Tidak Menyiapkan Kerja Sekolah, Pelajar Perempuan Terpaksa Merengkuk Dalam Tahanan Selama 6 Bulan.

Akibat tidak menyiapkan kerja sekolah, seorang pelajar perempuan kekal berada dalam tahanan selama enam bulan.


Ia selepas remaja bermasalah yang dikenali sebagai Grace, dituduh melakukan serangan dan mencuri tahun lalu, selain didakwa menggigit dan menarik rambut ibunya.

Tambah lagi, remaja berusia 15 tahun itu juga didapati bersalah mencuri telefon bimbit milik seorang pelajar lain, menyebabkan hakim meletakkannya dalam fasa percubaan sebagai tahanan juvana.

Fasa percubaan tahanan juvana yang dikenakan keatas Grace selama tiga bulan sehingga April memerlukan beliau menyiapkan kerja sekolahnya.

Namun begitu, dua minggu selepas dikenakan perintah terbabit, Grace didapati melanggar hukuman dan tidak menyiapkan sebarang kerja sekolah, serta gagal untuk hadir ke kelas.

Kegagalan itu menyebabkan remaja berkenaan dikenakan tahanan juvana lagi tiga bulan, menjadikan jumlah beliau ditahan adalah selama enam bulan.

Semuanya akibat beliau gagal siapkan kerja sekolah.

kredit era