Gara2 sisa toksik Pasir Gudang anak hidap sakit saraf, bapa mengamuk depan menteri & pengilang

Hati bapa mana yang tidak luluh, anak yang dahulunya normal dan sihat sama seperti rakan sebaya yang lain, kini bertukar suram selepas disahkan menghidap penyakit saraf akibat daripada kecuaian pihak tidak bertanggungjawab.

Begitulah yang dihadapi seorang bapa dikenali sebagai Idham Wazir, apabila anak lelaki, Irfan Wafi beusia 12 tahun terpaksa hidup bergantung kerusi roda kerana masalah fizikal yang menghadkan pergerakannya.

Pencemaran Sungai Kim Kim jadi punca utama
Irfan Wafi sebelum ini telah dimasukan ke dalam wad selama 10 hari selepas pengsan di sekolah akibat daripada pencemaran toksid, di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang Johor.

Selepas daripada itu, pelajar tahun 6 itu telah disahkan menghidap penyakit Myo Kimia dan hasil rawatan memaklumkan bahawa punca utama adalah disebabkan pencemaran toksid tersebut.


Tak boleh berjalan macam biasa, nak solat pun kaki tergetar-getar
Lebih memilukan, beberapa video adik Irfan yang memaparkan dirinya terpaksa menyeret kakinya untuk berjalan dan ketika hendak menunaikan solat, kanak-kanak itu tidak dapat berdiri dengan betul dengan kaki yang kelihatan tergetar-getar.

Difahamkan, Irfan yang merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Dahlia, Pasir Gudang dan merupakan antara murid cemerlang, masih tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun telah menjalani rawatan fisioterapi.

Posted by Ai Azman on Tuesday, 16 April 2019

 

Posted by Ai Azman on Tuesday, 16 April 2019

PENCEMARAN KIMIA | Hadapi Masalah Saraf Akibat Pencemaran

PENCEMARAN KIMIA | Hadapi Masalah Saraf Akibat PencemaranSeorang Murid tahun 6, Sekolah Kebangsaan Bukit Dahlia, Pasir Gudang Johor disahkan positif Myokymia iaitu masalah saraf pada kedua belah kakinya akibat pencemaran Sungai Kim Kim pada bulan Mac lalu.Irfan Wafi Idham Wazir, 12 tahun sebelum ini dimasukkan ke wad selama 10 hari di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas pengsan di sekolah akibat pencemaran toksid, di Sungai Kim Kim.Irfan Wafi mengalami masalah fizikal tidak dapat berjalan dan berdiri.Anak keempat daripada lima beradik tu berkata, sehingga kini kakinya masih belum menunjukkan sebarang perubahan.Justeru beliau kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Sejak Mac hingga kini, Irfan perlu menjalani pemeriksaan lanjut tiga kali sebulan termasuk menjalani rawatan fisioterapi selain pemeriksaan psikologi di hospital.Menurut ibunya, Norlela Abu Hashim, anaknya telah dirujuk ke pakar pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut .Sebelum ini Irfan adalah murid yang aktif dan beliau antara murid sasaran 6A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolahnya tahun ini.

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, 2 July 2019

Dah lama sabar, bapa mengamuk depan menteri
Terbaru, tular pula sebuah video yang memaparkan bapanya, Idham Wazir tidak dapat menahan rasa kekecewaan ketika sesi program Townhall yang melibat wakil kerajaan serta pengilang.

Dapat dilihat ketika itu, dia telah mempersoalkan sejauh mane pihak berwajib telah cuba menyelesaikan masalah pencemaran ini dan meminta agar lebih memandang serius terhadap nyawa penduduk disitu berbanding daripada operasi kilang.

PENCEMARAN PASIR GUDANG : VIDEO KELUARGA MENGAMUK DI MAJLIS BERSAMA MENTERI ALAM SEKITARBaru ada akal! Soal nyawa jangan buat main-main!Info yang Ops Johor terima, program “Townhall bersama Menteri Alam Sekitar dia adakan siang tadi, kononnya sesi soal jawab menteri bersama pihak industri Yoe Bee Yin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bakri, Asyik bincang je, tapi masalah tak selesai pun.Ada penduduk tempatan berkata, program sebegini sepatutnya diadakan bersama penduduk dan keluarga mangsa sekali, barulah mereka dapat tau apa perasaan kami. Orang tua mana yang tak kecewa dan sedih bila anak-anak mereka yang tidak bersalah jadi mangsa akibat kegagalan dan kelembapan kerajaan negeri mengurus masalah pencemaran. Bukan ke Kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kecemasan berjumlah RM6.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan dan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang dulu? Tak kan peruntukan hanyak begitu masih tak bersih lagi? Cuba dengar apa yang abang ni luahkan..“Dia akan ambil UPSR, he is top student, dalam masa beberapa bulan sekolah cuma buka 2 hari sahaja.maybe ini tidak terjadi pada keluarga u, anak u !, cuba u bayangkan ini terjadi kepada anak u !, duit ke bukan duit, duit datang dari poket saya yang keluar untuk hantar ke hospital !.kalau perlu tutup kilang, tutuplah kilang !, nyawa lagi penting !.dah 3 bulan dah berlaku, tolong take it serius la”Kepada Menteri Besar dan barisan kepimpinan Exco, janganlah lembab sangat, tak kesian ke pada mereka semua, dan cuba bayangkan jika ia berlaku pada keluarga korang sendiri,Salam kerajaan sepenggal!#OpsJohor

Posted by OPS JOHOR on Monday, 1 July 2019

Nampaknya, masalah pencemaran di Pasir Gundang ini semakin meruncingkan, diharapkan pihak bertanggungjawab segera bertindak dengan sewajarnya agar tiada lagi yang menjadi mangsa.