
Pihak pengurusan Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) menafikan posting tular di laman media sosial sejak Jumaat lalu yang mendakwa terdapat najis tikus dalam roti putih ‘Original Classic Jumbo’.
Posting berkenaan mendakwa, roti yang belum tamat tarikh luputnya itu mempunyai serpihan hitam kecil yang tersusun di beberapa kepingan di bahagian tepi roti tersebut.
Posting dakwaan najis tikus di FB
Dua hari sebelum tarikh luput
Serpihan yang didakwa najis tikus
“Pakar dalaman syarikat mengesahkan bahawa bendasing tersebut bukan najis tikus dan ianya merupakan serpihan doh yang telah melalui dua kali proses pembakaran.
“Kami juga telah menghantar sampel yang tercemar itu ke SIRIM dan Pakar Kawalan Serangga Perosak untuk ujian dan bagi mengesahkan bendasing itu bukan najis tikus dengan persetujuan daripada pengadu,” kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu juga, pihak pengurusan GBKL turut menjemput pengadu untuk melawat ke kilang Gardenia bagi melihat sendiri cara dan pembuatan roti dilakukan.