Gempar Bumi Kembali Menghantui Maluku Indonesia. Jom Sama-Sama Kita Doakan Sahabat Jiran Kita. Amin

JAKARTA – Gempa bumi bermagnitud 7.2 pada skala Richter menggegarkan kawasan kepulauan Maluku, Indonesia, petang ini, yang turut disusuli beberapa gempa susulan melebihi 5 skala Richter.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa bumi yang berlaku pada pukul 4.10 petang waktu Indonesia Barat (WIB), berpusat di 62km di Timur Laut Labuha-Malut, pada kedalaman 10 kilometer (km) di Laut Maluku.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Setakat pukul 5.26 petang WIB, lima gempa susulan bermagnitud antara 5.2 hingga 5.8 skala Richter dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan meminta rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu, mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa. – Bernama

Artikel Berkaitan   Inilah 2 Cerita Asal Usul Daging Harimau Menangis Yang Ramai Tidak Tahu, Rupanya Ia Bukan Sengaja Dinamakan