“Apa Nak Jadi Dengan Kerajaan Sekarang Sampaikan Pertandingan Tarian Pakai Seksi Ada Logo KPM!” Ini Cerita Sebenar

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian Perak Muda Medalist Dancesport Championship yang menampilkan peserta persembahan berpakaian seksi di sebuah hotel di Ipoh, Perak, Sabtu lalu.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang program anjuran Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (Muda) pada masa hadapan susulan kegagalan penganjur mematuhi syarat ditetapkan termasuk membatalkan penyertaan peserta yang tidak mematuhi tatacara pemakaian.

“KPM memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan tindakan mana-mana pihak yang gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan atau menyalahgunakan nama serta logo kementerian sekali gus memburukkan imej kementerian,” kata kenyataan itu di sini semalam.

(Visited 480 times, 1 visits today)