Gian Arak, 80 Lelaki Mati Minum Alcohol Pembasmi Kuman

New Delhi: Lebih daripada 80 orang mati beberapa hari lalu selepas minum alkohol bertoksik di Punjab, India.

Agensi berita, Press Trust of India melaporkan, semua mangsa dari tiga daerah di negeri utara India dan sehingga kini polis sudah menahan 25 individu.

Untuk rekod, ratusan orang mati setiap tahun akibat minum alkohol beracun yang dibuat di kilang penyulingan haram dan dijual dengan harga hanya 10 rupee (57 sen) seliter.

Seorang pegawai menyatakan 11 orang mati di daerah Gurdaspur dan turut meragut 12 nyawa di daerah kejiranan Amritsar serta 63 nyawa lagi di Tarn akibat minuman alkohol toksik itu.

Kematian yang sama turut berlaku, tetapi tidak dapat dibuktikan kerana mayat-mayat itu dibakar tanpa dilakukan bedah siasat terlebih dahulu.

Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh berkata, beliau mengarahkan siasatan khas mengenai kematian itu dan sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas.

Akhbar The Indian Express melaporkan seorang daripada suspek berada di daerah Amritsar selepas minum arak haram dan isterinya ditahan kerana menjualnya.

Kes itu berlaku selepas pihak berkuasa di selatan Andhra Pradesh mengatakan bahawa sembilan orang maut akibat minum pembasmi kuman beralkohol sebagai pengganti arak yang tidak dijual ketika virus Covid-19 melanda India. – AFP

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Wanita Ditumbuk Suami Gara-Gara Delete Facebook Dalam Telefon Bimbit