Gugur Kali Kedua, Almy Nadia Reda & Tenang Hadapi Dugaan, – “Doktor Scan Beritahu Bahawa Tiada Kantung.”

Pelakon, Datin Almy Nadia dikejarkan ke hospital swasta kerana mengalami pendarahan kandungan yang baru mencecah usia enam minggu.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, dia reda atas nasib sama yang pernah berlaku pada Februari lalu apabila usia kandungannya yang berusia 14 minggu telah ‘pergi’ buat selamanya.

“Sebenarnya saya mengandung 6 minggu 3 hari, tetapi saya mengalami pendarahan.

“Saya tak tahu apa yang saya makan.

“Kemudian, apabila pendarahan berlaku, doctor cucuk di bahagian perut untuk kuatkan rahim.

“Boleh dikatakan banyak juga darah dan ia berlaku ketika malam sahaja sepanjang raya. Ketika siang tiada pendarahan.

IKLAN

“Apabila sampai di hospital, doktor cek dan scan beritahu saya bahawa tiada kantung,” kongsi Almy menerusi IGTVnya.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi drama Dunia Baru itu tenang menghadapi dugaan dari Allah.

“Mungkin Allah nak beri saya rezeki yang lebih baik.

“Saya percaya setiap wanita mengandung, rezeki anak lain-lain.

“Saya terima sahaja. Saya tiada masalah,” katanya tenang.

Terdahulu, kandungan Almy pernah mengalami keguguran pada usia 14minggu dan diberi nama Mohamad.

Untuk rekod, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Sumber : MH