Guru Sekolah Ditangkap Gara-Gara Melanc*P Di Hadapan Pelajar Perempuan Sekolahnya

AMPANG- Seorang guru didakwa di tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual dan satu tuduhan amang seksual (bukan fizikal) melancap terhadap tiga mangsa yang merupakan pelajar sekolahnya sejak dua tahun lalu.


Bagaimanapun tertuduh Mohamad Shahrul Afendi Zakaria, 34, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Norhazani Hamzah, Suzana Hussin dan Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke 12, tertuduh, didakwa melakukan amang seksual ke atas tiga pelajar perempuan berumur antara 13 tahun dan 14 tahun di bilik Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia di sebuah sekolah di Selangor antara jam 7.15 pagi hingga 5.15 petang.

Perlakuan itu dilalukan antara Mac tahun lalu dan Jun tahun ini.

Bagi pertuduhan ke 13, tertuduh melakukan amang seksual fizikal (melancap) di bilik yang sama di sekolah berkenaan terhadap seorang pelajar berusia 14 tahun 9 bulan pada jam 7.15 pagi 26 Ogos tahun ini.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebat dan Seksyen 15 (c) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Effa Azuin Aidrul Hisham memohon jaminan memandangkan anak guamnya mempunyai tanggungan dan merupakan bapa kepada empat anak.

Bagaimanapun, pendakwaan terbabit yang dikendalikan,Timbalan Pendakwaraya Intan Syakieerah Zakaria, Goh Ai Rene dan Norhashimah Hashim tidak membenarkan jaminan dengan alasan kes tersebut adalah serius dan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun ketiga-tiga Mahkamah Sesyen tidak menetapkan sebarang ikat jamin kes disebut semula pada 18 November ini.