“Haaa.. Saya Takda Buat Apa-Apa!” Tengah Leka Mahu Mencuri Motor, Lelaki Ini Didatangi Pemilik Dan Pengawal Keselamatan

Percubaan seorang lelaki merembat motosikal menemui kegagalan yang memedihkan apabila dia ditahan pengawal keselamatan dan juga pemilik motosikal itu sendiri.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada tengah hari Selasa, 19 November 2019, di kawasan parkir Hospital Ampang baru-baru ini.

Difahamkan, kakitangan hospital ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan, lalu melaporkan kepada pengawal keselamatan yang kemudian terus pergi ke parkir motosikal.

Dalam masa yang sama, pemilik motosikal juga datang dan terus berdepan dengan suspek sebelum menangkapnya.

Berdasarkan video, suspek sempat meminta maaf kepada pemilik. Namun tidak diendahkan dan dibantai seperti tiada hari esok sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Artikel Berkaitan   Bela Nasib Bekas Isteri, Ramai Puji Cadangan Firdaus Wong Dan Mahu Ia Dipercepatkan