“Habis sebotol sanitizer ni” – [VIDEO] Syarat Baru Sebelum Masuk Rumah, Ayah ‘Sembur’ Sanitizer Kat Anak Yang Baru Balik Kerja

Sebelum perintah kawalan pergerakan diumumkan oleh kerajaan pada beberapa hari lepas, rakyat Malaysia masih lagi perlu bekerja seperti biasa. Ramai yang membawa hand sanitizer sendiri untuk mengelakkan jangkitan Covid-19.

Kali ini admin nak kongsikan satu video seorang ayah yang menyembur sanitizing spray pada anak perempuannya yang dipercayai baru sahaja pulang dari tempat kerja, lapor Sinar Harian.

Kasih ayah pada anaknya

Cute je video ni. Betul tindakan tersebut. Patut dicontohi.📷 Shaffiq Erwin#sinarplus #sinarahad #sinarharian #sinarprihatin #sebarkankasihsayangbukanvirus #spreadlovenotvirus #coronavirus #covid19 #China #wuhan #wuhancoronavirus #2019ncov

Posted by Sinar Harian on Rabu, 18 Mac 2020

Comel je pakcik ni nak jaga kesihatan mereka sekeluarga.

Video tersebut telah dikongsi oleh Shaffiq Erwin menerusi Facebook. Menurutnya, kakaknya itu terpaksa bekerja seperti biasa dan tidak bercuti.

Difahamkan bahawa kakaknya merupakan frontliner yang bertugas dalam kes wabak Coronavirus. Admin memang salute dengan kakak dia ni!

Shaffiq juga mengatakan bahawa hanya kakaknya yang bekerja buat masa ini dalam kalangan keluarga mereka sebab yang lain semua dikenakan perintah larangan pergerakan.

Ayah mereka siap sanitize bekas makanan yang dibawa oleh kakak dia lagi. Ha, macam ni baru betul.

Rata-rata netizen tabik dengan tindakan si ayah yang prihatin ini.

So, kalau korang ada ahli keluarga yang bertugas sebagai frontliner jugak, korang boleh cuba cara ni sebelum dorang masuk rumah.

Artikel Berkaitan   “Rasa macam nak pijak” – [Video] Lelaki Buat Pekak Hisap Rokok Dekat Luar Walaupun Polis Dah Bagi Amaran