Hamil 7 Bulan Berat Eyra Hazali Bertambah 8KG, Ini Reaksi Netizen!

Pelakon, Eyra Hazali telah berkongsi keadaan dirinya yang kini hamil 7 bulan. Kehamilan pertama ibu muda yang juga isteri kepada bintang bola sepak, Mohd Haziq Nadli membuatkan berat badannya kini bertambah sebanyak 8 kilogram.

View this post on Instagram

7 months pregnant and i gained 8kg 🤰🏻😅

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on

“7 month pregnant and i gained 8kg”, tulisnya pada ruangan kapsyen.

Hantaran pelakon ini nyata mendapat perhatian ramai khasnya peminat Eyra sendiri yang turut berkongsi pengalaman masing-masing, selain turut mendoakan agar urusan melahirkan anak pertama mereka dipermudahkan.

Terdahulu, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasalina Hazali selamat menjadi isteri kepada Mohd Haziq pada 1 November 2019 dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.

kredit era