“Hantar Tiga “Nenek” Ke Rumah Saya,” Taktik Terbaru Tokan Dadah Letak Dadah Dalam “Zakar”

Taktik sebuah kumpulan penjenayah menyembunyikan kokain di dalam zakar plastik sebelum menjualnya kepada penagih gagal apabila mereka diberkas polis Argentina baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Dadah itu disembunyikan di dalam sekurang-kurangnya 10 alat sulit palsu yang dijual di bandar La Plata, kira-kira 58 kilometer ke selatan Buenos Aires.

Polis mendedahkan rakaman video memaparkan 10 alat sulit palsu itu selepas mereka menyerbu kediaman sepasang suami isteri warga Peru yang disyaki ketua geng berkenaan.

Polis merampas lebih satu kilogram kokain di samping 500 gram ganja yang disembunyikan di dalam zakar-zakar palsu itu.

Menurut polis, pengedar dadah itu menggunakan kod dalam panggilan telefon dengan pelanggan termasuk ‘nenek’ untuk 10 gram kokain dan ‘bayi’ untuk 5 gram narkotik berkenaan.

“Hantar tiga nenek ke rumah saya,” kata seorang penagih dalam satu panggilan telefon yang didedahkan pihak polis.

“Tiga nenek dan dua bayi,” jawab pengedar itu.

Polis menangkap lima lelaki dan tiga wanita selepas mengadakan tujuh serbuan di La Plata, San Isidro dan Berisso susulan intipan perbualan telefon selama 400 jam. – Agensi

Artikel Berkaitan   Lelaki 58 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Persetubuhan Luar Tabi’i Dan Meliwat Isterinya