Landak jana rezeki besar
Jempol: Penternakan landak mampu menjana pulangan lumayan, tetapi ia membabitkan modal besar dan kesabaran tinggi kerana memerlukan masa sebelum memberikan hasil.
Dua beradik di Kampung Dusat, Abu Samah Mihat, 52, dan abangnya, Samsul Bahrin, 61, sanggup melabur hampir RM100,000 bagi memulakan ternakan haiwan esotik itu sejak setahun lalu menggunakan wang simpanan sendiri.
Samsul Bahrin berkata, walaupun menternak landak lambat mendatangkan hasil namun haiwan berkenaan mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran sehingga boleh mencecah RM150 sekilogram.
Menurutnya, selain perlu mendapatkan lesen menternak, membeli dan menjual daripada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Taman Negara (PERHILITAN), menternak landak sebenarnya sangat mudah.
“Kita cuma perlu siapkan kandang yang bersesuaian bagi pasangan landak dan perlu diberi makanan berasaskan tumbuhan seperti buah atau sayur.
“Ia tahan lasak dan tahan penyakit serta boleh membesar sehingga 20 kilogram, cuma perlu tunggu sehingga berusia lapan bulan,” katanya ketika menerima lawatan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Zainal Fikri Abd Kadir.
Sementara itu, Abu Samah pula berkata, ketika ini hanya ada 10 landak diternaknya yang dibeli dengan harga RM25,000.
Menurutnya, disebabkan ia haiwan eksotik yang payah dicari, dagingnya sentiasa mendapat perhatian dan tidak hairan apabila ada yang sudah bertanya untuk membeli landak ternakannya.
“Kami perlu kembangkan lagi penternakan ini dan berharap kerajaan dapat membantu terutama memberi bantuan baka landak atau anak landak.
“Industri ini mampu memberi pulangan lumayan, malah landak mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan serta luar negara,” katanya.
Sementara itu, Zainal Fikri berkata, pihaknya menerusi kerajaan negeri akan cuba membantu dua beradik berkenaan mengembangkan lagi bidang penternakan landak diusahakan.
Menurutnya, penternakan landak sesuatu yang baru di sini, malah tidak ramai yang berani menceburinya disebabkan memerlukan modal yang besar.
“Mereka sudah memulakan penternakan itu dan yakin kerajaan boleh membantu untuk mengembangkan lagi bidang ternakan yang mereka ceburi itu,” katanya – Harian Metro
Landak ubat mujarab
LANDAK raya atau Hystrix brachyura merupakan sejenis mamalia berbulu keras di seluruh bahagian badan.
Bulu landak yang sering digambarkan sebagai duri beracun pula merupakan mekanisme pertahanan landak.
Di sebalik keupayaan melepaskan duri, landak sebenarnya mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri, landak akan mengembangkan bulu kerasnya sehinggakan seluruh tubuh mamalia itu kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras terpacak.
Sesetengah landak bertindak menyerang pemangsa, menyebabkan durinya boleh tercucuk kepada pemangsa tersebut tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga spesies landak yang mempunyai bulu lembut seperti Trichys lipura di Borneo.
SEEKOR landak mempunyai 30,000 batang duri yang digunakan sebagai alat pertahanan sekiranya ia diserang.
Penyembuh luka
Daging landak yang berprotein tinggi, lembut, tidak mengandungi lemak dan kurang serat menjadikan ia semakin diminati penggemar makanan eksotik.
Malah, peratusan protein daging landak raya sama dengan daging lembu dan kambing selain mengandungi asid amino yang tinggi dianggap ubat mujarab untuk proses penyembuhan luka.
Menyedari hakikat itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak tahun 2005 giat menjalankan program pembiakan baka landak raya secara komersial.
Program berkenaan turut memberi nilai tambah kepada usaha memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini selain memberi impak besar pada bilangan populasi hidupan liar dalam kurungan melalui sistem pembiakan teratur dan aplikasi teknologi pembiakan terkini.
Projek penternakan komersial menambahkan bekalan landak untuk pengusaha restoran daging haiwan eksotik itu yang semakin banyak susulan mendapat permintaan ramai.
Selain Malaysia, landak dalam spesies Rodentia keluarga Hystricidae itu turut ditemui di tenggara China, Hainan, Nepal dan negara Indo-China (Vietnam, Kemboja dan Laos).
Di Malaysia, terdapat tiga spesies yang biasa ditemui iaitu landak raya (Hystrix brachyura), landak nibong/ landak batu (Atherurus macrourus) dan landak padi (Trichys fasciculate).
Landak raya selalunya ditemui di kebun, kawasan ladang dan dusun buah-buahan serta hutan tetapi populasinya agak berkurangan ketika ini selain sukar untuk menangkap atau memburu landak raya ini.
Dalam keadaan liar, landak raya biasanya akan membina terowong dalam tanah dan lubang pada banir pokok sebagai tempat tinggal. Terowong yang dibina itu pula biasanya mempunyai beberapa lubang keluar. Haiwan ini lebih aktif pada waktu malam dan balik ke sarang pada waktu subuh.
SETIAP landak akan ditandakan dengan cip khas untuk tujuan pengenalan ketika berumur dua bulan.
Harga mahal
Menurut Pengarah Perhilitan Selangor, Rahim Ahmad, projek pembiakan komersial landak raya dijalankan di Pusat Penyelamat Spesies Hidupan Liar Sungai Tengi (PPSHL Sungai Tengi), Kuala Kubu.
“Selain menyelamatkan spesies ini, PPSHL Sungai Tengi bertanggungjawab menternak baka landak raya untuk dijual kepada penternak komersial selain memberikan khidmat nasihat.
“Sehingga kini, pusat ini sudah menternak 220 ekor landak dengan 110 baka (50 pasang) manakala 80 ekor sudah dijual kepada penternak komersial dengan harga RM200 seekor,” ujarnya.
Rahim memberitahu, masalah utama dalam penternakan pembiakbakaan landak raya adalah untuk mendapatkan pasangan landak yang serasi. Haiwan ini sangat cerewet memilih pasangan selain susah untuk serasi antara satu sama lain.
LANDAK raya diberi makanan seperti keledek, betik, timun, sengkuang dan labu.
“Untuk itu, kita akan pasangkan landak bagi melihat keserasian dan jika tidak serasi, ia akan bergaduh sehingga membawa kepada luka yang menjadi punca utama jangkitan penyakit.
“Tempoh bunting haiwan ini adalah selama tiga bulan dan induk bunting boleh melahirkan sehingga empat anak. Bagaimanapun, kebiasaannya melahirkan seekor hingga dua ekor anak, namun pernah direkodkan melahirkan sehingga tiga anak,” tambahnya.
Jelasnya, berat seekor landak raya ialah 340 hingga 370 gram semasa dilahirkan dan menyusu sehingga umur 100 hari tetapi pada umur 10 hingga 14 hari ia sudah mula makan pepejal.
“Bagi tujuan pembiakbakaan, anak landak akan diasingkan daripada ibunya pada usia dua bulan bagi membolehkan ibunya membiak lagi. Ukuran seekor landak raya dewasa ialah 51.5 hingga 85 sentimeter dan berat di antara empat hingga 10 kilogram (kg).
“Setakat ini, berat sebanyak 24kg pernah direkodkan di dalam kurungan dan peratus berat badan seekor landak raya yang sudah dibersihkan ialah 60 hingga 66 peratus (daging),” beritahu beliau.
Ujarnya, mengikut kajian yang dijalankan, seekor landak raya mempunyai 30,000 duri untuk mengelak daripada musuh dan jika terlampau agresif, duri tersebut boleh tertembak dengan sendirinya tetapi ia tidak boleh pergi jauh selain berpotensi untuk dijadikan sebagai kraftangan.
PARA petugas Perhilitan yang menjalankan program pembiakan baka landak raya secara komersial bermula pada tahun 2005.
Makanan
Menurut Penolong Pegawai Veterinar Kanan, Sugenah Maidin Kuty, proses untuk menternak landak raya sehingga boleh dijual mengambil masa sehingga 10 bulan.
“Di PPSHL Sungai Tengi, amalan pengurusan harian landak raya ialah membersihkan kandang, memberi makanan dan mengaturkan pembiakan. Makanan segar seperti keledek, betik, sengkuang, nangka, daun nangka, timun dan labu akan diberikan mengikut kadar 10 peratus daripada berat badan landak raya tersebut dan satu peratus bagi makanan dedak atau ‘pelet’ selain pemberian ubat cacing setiap tiga bulan sekali.
“Bagi tujuan komersial dan ternakan ia diletakkan dalam kurungan besi berukuran 100 sentimeter panjang, 90 sentimeter lebar dan tinggi 77 sentimeter. Di pusat ini, kita mempunyai sebanyak 122 kurungan besi dan setiap landak akan ditandakan dengan cip khas untuk tujuan pengenalan pada umur dua bulan selepas pengasingan daripada ibunya.
“Peratus kematian landak raya yang dibela dalam kurungan besi juga agak rendah iaitu sekitar 0.5 hingga satu peratus dan penyebab utamanya berpunca daripada kecederaan ketika pergaduhan sesama sendiri yang akhirnya menyebabkan ‘myiasis’ iaitu luka berulat,” tuturnya.
Bagi Pembantu Hidupan Liar, Mohd. Noor Itam, 50, pula memberitahu, landak raya sebenarnya boleh dijinakkan dan haiwan itu hanya bertindak agresif ketika proses penangkapan dilakukan.
“Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil sahaja,” tambahnya yang sudah berpengalaman menjaga landak raya sejak tahun 2006 – Kosmo Online
Ternak landak untung lumayan
HULU TERENGGANU – Melihat duri-duri tajam di segenap tubuh, tentunya ramai yang tidak berminat memiliki atau menjadikan landak sebagai ternakan komersial apatah lagi mitos mengatakan duri itu boleh menembak.
Namun, berbeza bagi Muhammad Fauzan Mansor, 35, daripada Kampung Tanggol, disini, yang memilih haiwan eksotik itu sebagai hobi sejak tiga tahun lalu sekaligus dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Berkongsi cerita, bapa dua anak ini berkata minat dan permintaan tinggi terhadap daging landak biarpun harga mencecah ratusan ringgit sekilogram, mendorongnya menternak haiwan itu secara komersial.
“Minat saya timbul apabila kawan-kawan bagitahu mudah pelihara landak ini. Menggunakan duit simpanan RM4,000 saya beli induk serta baka landak raya sebanyak tujuh ekor daripada penjual berlesen di Banting, Selangor.
“Setahun selepas itu, saya tambah sebanyak 20 ekor dan kini keseluruhan landak raya dipelihara 66 ekor dengan 23 daripadanya induk. Kos bina kandang hampir RM10,000, dan saya turut terima peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan.
“Walaupun landak ini mudah dijaga tetapi saya tetap menimba ilmu mengenainya melalui internet, bacaan dan bantuan jabatan berkaitan serta bertanya kepada rakan yang juga menternak, menjual landak sebelum ini.
“Buat masa ini, saya belanjakan lebih RM600 sebulan untuk penjagaan landak diternak ini. Berkaitan makanan, palet diberikan sekali sehari dan selain itu turut diberikan buah-buahan,” katanya ketika ditemui di kawasan ternakannya.
Terima permintaan tinggi
Tambah Muhammad Fauzan yang mencari rezeki sebagai pembekal ikan air tawar di daerah ini, walaupun ternakannya hanya akan dijual dua tahun akan datang, namun dia sudah menerima banyak permintaan.
Katanya lagi, tumpuannya kini menjurus kepada pembiakan dan dia sasarkan sekurang-kurangnya memiliki 200 ekor landak raya terlebih dahulu sebelum sebarang urus niaga jualan dilakukan.
“Sekarang ini belum terfikir untuk jual lagi kerana saya ingin biaknya dulu. Namun, sudah ramai kawan-kawan, pengusaha restoren serta pengemar landak telah nyatakan minat untuk membelinya.
“Ada yang telefon dan sanggup datang dari jauh termasuk tawarkan harga tinggi, tetapi biarlah dulu. Saya tetap lagi dengan perancangan asal, tunggulah dua tahun lagi baru jual samada daging atau landak hidup.
“Haiwan eksotik ini boleh dijual jika umur lapan bulan ke atas. Harga dagingnya boleh cecah RM120 sekilogram(kg), manakala induknya cecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan umur.
“Sepasang induk seberat 15kg hingga 20kg boleh dijual dengan harga RM3,500 hingga RM5,000, namun bergantung harga pasaran semasa,”ujarnya yang kini menetap di Kampung Telaga, Kuala Terengganu.
Kongsi Muhammad Fauzan lagi, walaupun daging landak begitu mahal harganya tetapi ia tetap jadi pilihan penggemarnya kerana khasiat dan dijadikan rawatan untuk kesihatan.
“Daging landak berprotein tinggi, lembut, tidak mengandungi lemak serta kurang serat menjadikan ia begitu diminati penggemar makanan eksotik meskipun harganya tinggi hingga mencecah ratusan ringgit bagi semangkuk sup landak.
“Selain itu, ia mengandungi asid amino yang tinggi dianggap ubat mujarab bagi proses penyembuhan luka. Gumpalan daging dipanggil putat atau geliga juga tinggi nilainya.
“Putat ini terbentuk hasil pemakanan landak dan menjadi buruan berikutan nilainya yang tinggi dalam perubatan masyarakat Cina. Namun, putat ini juga tidak ada dalam semua landak,” katanya – Sinar Harian
15 Manfaat Daging Landak Untuk Kesehatan dan Bebas Kolesterol – versi Indon
Landak yang merupakan salah satu jenis hewan dengan ciri memiliki duri yang tajam di seluruh permukaan tubuhnya ini ternyata juga memiliki rasa daging yang terbilang lezat sekaligus memiliki banyak manfaat untuk tubuh. Salah satu cara pengolahan daging landak yang umum dilakukan adalah membuat sate dari daging landak. Tidak hanya bisa menikmati cita rasa daging yang lezat, namun mengkonsumsi daging landak secara rutin juga akan membuat tubuh lebih sehat sekaligus terhindar dari berbagai penyakit. Dalam manfaat daging landak mengandung kadar protein tinggi, zat besi, lemak jenuh yang tidak berlebih, omega 3 dan yang terpenting adalah tidak mengandung kolesterol sama sekali berbeda dengan daging pada umumnya yang tinggi akan kolesterol.
Daging menjadi asupan makanan penting yang harus tetap dikonsumsi untuk mencukupi kebutuhan gizi di dalam tubuh. Akan tetapi, seringkali orang menghindari konsumsi daging karena tinggi akan kolesterol. Daging landak menjadi solusi asupan daging terbaik untuk anda penderita kolesterol tinggi, sebab dalam daging landak tidak memiliki kandungan kolesterol sama sekali.
Membantu Proses Penyembuhan Luka
Tidak hanya menjadi santapan daging yang sangat nikmat, namun daging landak juga memiliki kandungan gen yang bisa meningkatkan proses penyembuhan luka lebih cepat. Kandungan protein tinggi di dalam daging hewan berduri ini akan berfungsi untuk meregenerasi kulit lebih cepat sehingga luka yang berada di tubuh anda bisa lebih cepat sembuh.
Mengatasi Penyakit Asma
Sudah sejak lama, daging dan juga organ hati landak dipercaya mampu mengobati penyakit asma dengan cara di bakar sampai mengeluarkan minyak. Selain itu, daging dan juga hati landak juga ampuh untuk menyembuhkan berbagai penyakit yang berhubungan dengan pernafasan sebab kandungan kitotefin yang terdapat dalam landak tersebut. Senyawa ini akan meningkatkan kontraksi otot polos di saluran pernafasan sehingga saluran nafas bisa semakin lebar.
Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Tidak hanya bermanfaat untuk mengobati asma, namun kandungan senyawa kitotefin dalam landak juga akan merangsang pembentukan anti bodi. Ini membuat seseorang yang secara teratur mengkonsumsi daging landak akan mengalami peningkatan sistem kekebalan tubuh sehingga terhindar dari berbagai penyakit berbahaya yang ditimbulkan dari bakteri serta virus.
Mengatasi Masalah Vitalitas Pria
Untuk pria yang memiliki masalah vitalitas, mengkonsumsi daging landak khususnya daging yang berada dekat dengan ekor landak bisa menjadi alternatif baik untuk mengatasi masalah tersebut. Bagian daging landak yang berada dekat dengan ekor ini dipercaya ampuh untuk mengatasi ejakulasi dini dan juga impotensi pada pria.
Menambah Stamina Pria
Daging landak juga berkhasiat untuk meningkatkan stamina atau energi pada pria. Sehingga, mengkonsumsi daging landak sesering mungkin sangat disarankan khususnya untuk pria yang memiliki aktivitas fisik padat.
Mencegah dan Mengatasi Diabetes
Daging landak juga menjadi mkanaan baik bagi penderita diabetes. Mengkonsumsi daging landak ini dikatakan dapat menurunkan kadar gula dalam darah secara bertahap. Selain itu, nutrisi lain yang terdapat dalam daging landak juga ampuh menyembuhkan luka serta infeksi lebih cepat pada penderita diabetes tipe 2. Selain itu, kandungan protein di dalam daging landak juga akan memperbaiki kinerja dari pankreas sehingga akan memproduksi insulin lebih baik yang akan menjaga kadar gula darah tetap stabil dan tidak melonjak terlalu tinggi.
Menghangatkan Tubuh
Daging landak yang termasuk ke dalam jenis daging ekstrim ini bisa memberikan efek menghangatkan tubuh sehingga sangat baik dikonsumsi untuk anda yang berada di tempat berhawa dingin sehingga tubuh bisa selalu hangat dengan cara alami. Selain bagian daging, duri landak juga dipercaya dapat mengobati beberapa penyakit lain seperti perut kembung serta masuk angin.
Meningkatkan Kadar Protein
Di dalam setiap 100 gram daging landak memiliki kandungan 13.3 gram protein hewani. Kandungan protein dalam manfaat daging landak ini bisa mencukupi kebutuhan protein tubuh sebanyak 29 ersen setiap harinya untuk wanita dan juga 24 persen protein untuk pria. Protein ini menjadi mineral penting yang diperlukan tubuh untuk menjaga fungsi organ.
Baik Untuk Program Diet
Daging landak ini juga menjadi asupan baik untuk anda yang sedang menjalani program diet. Kandungan tinggi protein dalam daging landak akan membantu dalam peningkatan massa otot, sedangkan kandungan kolesterol yang tidak ada sama sekali dalam daging landak membuatnya aman untuk dikonsumsi sehingga berat badan bisa turun tanpa perlu membuat badan terasa lemas dan tidak berenergi.
Menurunkan Resiko Penyakit Jantung
Khasiat selanjutnya yang bisa diperoleh saat mengkonsumsi daging landak adalah menurunnya resiko penyakit jantung. Ini dikarenakan dalam daging landak juga mengandung omega 3 yang akan membuat organ jantung bisa lebih sehat sekaligus menghindari resiko penyakit kardiovaskular.
Menyembuhkan Sakit Gigi
Selain bagian daging, duri landak juga bisa dimanfaatkan untuk mengatasi sakit gigi dalam waktu yang terbilang singkat. Caranya adalah dengan membakar duri landak sampai menjadi abu lalu gunakan abu tersebut pada kapas untuk ditempelkan pada area gigi yang sakit atau berlubang. Sedangkan untuk mengobati gusi bengkak, abu dari duri landak ini juga bisa digunakan dengan cara yang sama seperti mengobati sakit gigi.
Meningkatkan Massa Otot
Karena kandungan protein tinggi yang ada dalam daging landak, membuat jenis daging ini sangat baik dikonsumsi untuk meningkatkan massa otot saat anda sedang berolahraga. Daging landak menjadi daging yang direkomendasikan untuk anda yang giat berolahraga tanpa perlu khawatir kadar kolesterol akan melonjak sebab daging landak tidak mengandung kolesterol sama sekali.
Meningkatkan Kinerja Organ Reproduksi
Mengkonsumsi daging landak juga sangat penting untuk meningkatkan kinerja dari organ reproduksi. Kandungan zinc yang juga ada dalam daging landak cukup banyak sehingga akan merangsang organ reproduksi supaya bisa bekerja lebih baik. Ini membuat daging landak baik untuk di konsumsi dalam mengatasi masalah kesuburan.
Melindungi Organ Tubuh
Beberapa organ di dalam tubuh seperti hati memerlukan perlindungan yang bisa didapat dari protein dan juga lemak. Mengkonsumsi daging landak juga sangat dianjurkan agar kinerja organ bisa lebih ditingkatkan dan selalu aman terlindungi karena lapisan lemak yang menyelimuti organ tersebut cukup.
Mengkonsumsi daging landak yang terbilang cukup ekstrim ini nyatanya tidak hanya memiliki cita rasa yang nikmat, namun juga sangat berkhasiat untuk menjaga kesehatan tubuh sekaligus menyembuhkan berbagai penyakit dan gangguan masalah reproduksi. Ini membuat daging landak aman dan bagus dikonsumsi khususnya karena tidak adanya kandungan kolesterol di dalam daging landak – Manfaat.co.id