Hargai Isteri Sebaiknya, Ezad Lazim Akan “Berkahwin Semula”. Ramai Yang Memuji Caranya

Penyanyi Ezad Lazim akan mengadakan persandingan sekali lagi bersama isterinya, Zeana Ramli hujung bulan ini.

Menurut Ezad, 41, persandingan kali kedua ini sebagai salah satu cara menghargai usia perkahwinan yang menginjak ke usia tujuh tahun serta memenuhi impian mereka suami isteri.

“Sebelum ni dia selalu pasang impian nak bersanding lagi sekali memandangkan yang kita buat sebelum ni secara tertutup dan diuruskan oleh keluarga.

“Kali ni dia ingat nak pakai gaun perkahwinan moden, kepuk-kepuk. Bila dah ada peluang dan rezeki macam ni, apa salahnya,” kata Ezad kepada Gempak.

Ezad ditemui selepas majlis Cinta White Ballroom by Ezad Lazim yang diadakan di Dewan Sri Taming, Balakong, sebentar tadi.

Tambah Ezad lagi, mengendalikan perniagaan ruang acara untuk sebarang majlis membuatkan dia memilih untuk mengadakan persandingan kali kedua ini sebagai tanda perasmian dewan tersebut.

“Cinta White Ballroom by Ezad Lazim merupakan ruang event yang boleh anda semua tempah untuk apa juga acara korporat dan perkahwinan.

“Kami sambut ulang tahun perkahwinan ketujuh kami sebagai tanda simbolik pada pelancaran ruang majlis ni.

“Saya sendiri tak ada pengalaman dalam bidang perniagaan ruang ni tapi isteri pula ada pengalaman urus majlis perkahwinan, dia juga banyak beri sokongan, jadi apa salahnya kami cuba,” katanya lagi.

Imbas kembali, Ezad dan Zeana, 41, telah melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2013 di Keriang Hill Resort, Alor Star, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Puteri Rania Keisha dan Putera Muhammad Darwish.

Artikel Berkaitan   Atuk 70 Tahun Yang Juga Pesakit Hospital Terjun Dari Tingkat 10 Tapi Tersangkut Di Tingkat 3