Hari Ni Terlebih Rajin, Hari-Hari Makan Nasi Nasi Putih Je, Nah Kita Buat Special Sikit Nasi Tumis Pelangi

Bahan Kisar : – kisar dgn 1 cawan air – gunakan cawan yg sama

  •  utk menyukat air & beras
  •  3 ulas bwg putih
  •  1 biji bwg besar
  •  sedikit halia

Bahan Tumis :

  •  1 biji bwg besar – hiris halus
  •  2 inch kayu manis
  •  3 pelaga
  •  2 bunga lawang minyak utk menumis – jika suka boleh campurkan 1 ke 2 sudu besar minyak sapi

Bahan Lain :

  •  4 cawan beras basmati/ beras wangi
  •  6 cawan air
  •  1 ke 2 helai daun pandan – dibersihkan & disimpul
  •  garam & gula secukup rasa
  •  pewarna makanan pilihan
  1. Cuci beras & toskan..
  2. Kemudian masukkan beras ke dalam rice cooker bersama daun pandan
  3. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  4. Masukkan bahan kisar & tumiskan bersama hingga wangi,
  5. Masukkan 6 cawan air,masak hingga mendidih cukupkan perasanya.
  6. Bila dah didih masukkan kedalam rice cooker yg berisi beras tadi. masak seperti biasa.
  7. Bila nasi dah masak – sudukan sedikit pewarna pilihan.
  8. **ambil chopstick cucuk2 permukaan nasi yg telah masak, sudukan pewarna pilihan. tutup periuk.
  9. Bila nk dihidangkan baru dicampur adukkan perlahan2. dihidangkan dgn taburan kismis / kacang gajus.

Sumber : http://recipesasha.blogspot.com/

(Visited 79 times, 1 visits today)