Haruman Ini Disebut Dalam Al-Quran, Tapi Ramai Orang Yang Tidak Gunakannya Sebagai “Perfume”

Antara banyak-banyak haruman, haruman apakah yang paling wangi di dunia? Sudah tentu jawapannya haruman kasturi. Kehebatan haruman ini telah diperkatakan sejak zaman berzaman. Malah perkataan wangian kasturi ini selalu ditemui dalam puisi lama dan hadis. Kasturi ini dikatakan sebaik-baik haruman.

Ada beberapa pandangan tentang haruman kasturi. Ada yang kata dari bunga, campuran bunga, kulit kayu dan haiwan. Semua fakta ini tak salah…

Tetapi apa itu kasturi?

Asalnya haruman kasturi ini merupakan bintil kelenjar kasturi yang ditemui di bahagian antara perut dan genital kijang jantan yang dikeringkan. Kijang-kijang ini pula boleh ditemui di kawasan Nepal, Tibet, India, China dan Pakistan.

Ada juga bauan kasturi dihasilkan daripada bintil kelenjar kijang dan dicampur dengan haruman daripada bunga-bungaan bagi menjadikan haruman lebih tahan lama.

Apa yang pasti, harga haruman kasturi daripada kijang ini terlalu mahal. Iyalah, bukan senang nak dapatkan haiwan ini dan kalau ada pun, tidak mampu untuk menampung permintaan semasa.

Atas sebab itu kebanyakan haruman kasturi hari ini dihasilkan daripada ekstrak bunga kasturi seperti dari spesies Mimulus moschatus, Olearia argophylla dan Abelmoschus moschatus.

Di mana nak dapat haruman kasturi?

Tak perlu susah-susah mendaki banjaran Himalaya atau mencari bunga kasturi, anda boleh nikmati keharuman kasturi dengan menggunakan syampu dan perapi Hijab Perfection Series yang didatangkan dengan formula 3-dalam-1 bagi mengatasi masalah kelemumur, terasa panas di kulit kepala, bau yang tidak menyenangkan dan masalah rambut kusut.

Hijab Perfection Series didatangkan dengan dua varian iaitu Syampu 3-in-1 Perfect Cool untuk memberikan sensasi rasa dingin yang ketara serta kesegaran optimum dan Perfect Perfume untuk wangian berpanjangan.

Artikel Berkaitan   Hutang Sebanyak Apa Pun Akan Habis Jika Selalu Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur, InsyaAllah

Ayuh, bertukar kepada Rejoice Hijab Perfection Series hari ini. Bolehlah anda pilih sahaja jenis tudung mana yang berkenan di hati dan gayakanlah dengan cara tersendiri tanpa perlu risau tentang masalah rambut lagi.

kredit zayan