Hati-Hati Orang Perak, Lelaki Rohingya Positif Covid-19 Terlepas Dari Pusat Kuarantin

Jaga2 Orang Perak, Lelaki Rohingya Lari Dari Pusat Kuarantin Covid-19 Di Ipoh

Degil! Hari ini dimaklumkan seorang lelaki etnik Rohingya telah melarikan diri daripada Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Tanjung Rambutan, Ipoh.

Dalam laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner, Anuar Othman berkata, Balai Polis Tanjung Rambutan, mendapat laporan mengenai kehilangan lelaki terbabit.

Menyusahka betul!

Lelaki itu disedari hilang ketika petugas Kementerian Kesihatan membuat pemantauan kesihatan terhadap mereka yang dikuarantin di Blok e-2-83 pada jam 11 pagi ini.

“Pihak KKM mendapati satu warganegara Rohingnya bernama Rohim Mohd Zokaria, 27, tiada di dalam bilik yang sudah dikhaskan…”

Dikenali sebagai Rohim Mohd Zakaria, digambarkan berbadan tegap, anggaran berat lebih kurang 65 kilogram (kg), berambut hitam pendek lurus ketinggian kira-kira 165 sentimeter (sm) hingga 168sm.

Difahamkan, dia dimasukkan ke Hospital Slim River setelah didapati mempunyai gejala COVID-19. Hasil saringan di hospital menunjukkan dia negatif dari jangkitan COVID-19.

Belum sempat buat saringan awal, dah cabut lari

Dia kemudian dihantar ILKKM untuk dikuarantin selama 14 hari pada jam 5 petang Sabtu lalu, namun belum sempat saringan awal dibuat lelaki itu didapati tiada di dalam pusat kuarantin.

Seramai 57 pesakit yang masih menunggu laporan ‘swap test’ tetapi tiada yang positif setakat ini. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 (Akta 342).

kredit borak daily