
Viral di laman sosial seorang lelaki yang dipanggil sebagai pakcik telah mereka cipta sebuah kipas angin kayu DIY dengan menggunakan suis periuk elektrik atau rice cooker telah menarik perhatian ramai netizen.
Kalau sudah kreatif, buatlah apa pun akan menjadi, itulah perumpamaan yang boleh dikatakan terhadap pakcik ini yang kini tular di laman Twitter selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini.
Siapa sangka kipas kayu dibuat guna suis rice cooker.
Pakcik ini sememangnya lain dari yang lain dan hasil kerja tangannya memang boleh dibanggakan dan boleh diketengahkan. Siapa sangka kipas angin kayu dibuat dengan menggunakan suis daripada rice cooker. Hebat kan?
Memang betul menjadi dan nampak cantik pulak tu kipas angin ni.
Memang kreatif gila-gila pakcik ni, rekaan ni mungkin orang tak pernah buat.
“Ayah bukan jurutera tapi dia boleh buat bermacam benda yang amat saya banggakan.”
Sumber : Twitter Jo
Anda pasti menganggap pakcik ini berkelulusan tinggi atau beliau adalah seorang jurutera yang berkebolehan. Sebenarnya pakcik ini difahamkan tidak belajar di universiti pun dan semua ini adalah minat dan kreativiti beliau sendiri yang boleh mereka bermacam-macam dengan kreatif.
“Pa ni ada mood-mood dia tau. Ada masa dia nak bertukang, ada waktu tu dia nak melukis.”
Sumber : Twitter Jo
“Pa tiba-tiba gila buat bunga keladi daripada tempurung kelapa. Dia ambil tempurung kat kedai santan, siap bagi kat pemilik kedai sebagai hadiah.”
“Percaya atau tidak kalau aku cakap ni 100% kayu?”
Sumber: Twitter Jo
Sumber: Twitter Jo
Sumber: Twitter Jo
Sumber: Twitter Jo
Menurut kata anak pakcik ini, ayahnya mempunyai hobi dan suka membaiki barang-barang yang rosak dalam rumah mereka. Dulu ayahnya dikatakan amat suka ke tempat pelupusan besi buruk dan kutip seterika baju dan rice cooker yang telah rosak. Kalau boleh pakai lagi, ayahnya akan baiki semula dan akan simpan dalam almari.
Sumber: Twitter Jo
Walau bagaimanapun, pakcik ini semakin tua dan anaknya yang dikenali sebagai Jo amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang berniat nak jumpa dengan ayahnya. Mereka boleh datang melawat kerana ayahnya memang suka bersembang.
Sumber: Twitter Jo
Sumber: Twitter Jo
“Engineer confirmed, Phunsuk Wangdu!”
Ramai netizen yang mengikuti perkembangan dan cerita ayah Joe ini tertarik dengan kreativiti yang dimiliki oleh ayahnya. Ekoran kehebatan dan sangat kreatif, netizen telah menggelarkan ayahnya sebagai Phunsuk Wangdu (Amir Khan) yang sangat terkenal dalam filem 3 Idiots.
Semoga pakcik ini akan meneruskan kebolehan beliau dan dikenali kerana kepandaiannya yang mungkin boleh membantu orang ramai dan jangan dilupa agar semua ilmu yang dimilikinya itu diberikan kepada anaknya pula. Syabas dari kami.