Hidup Tersepit Dengan Beban Hutang, Jiwa Rasa Tiada Sinar, Bacalah Doa Ini Agar Urusan Dimudahkan!

handsome depressed man sitting on floor in corner by white wall and looking away

Ada yang berhutang demi kebajikan keluarga, ada yang berhutang untuk teruskan pengajian, ada yang berhutang sebab nak beli kereta, rumah dan keperluan. Jadi, hati ini sangat mudah nak rasa resah gelisah apabila mengingati segala bebanan hutang yang ada.

Terfikir pelbagai jenis cara macam mana nak bayar hutang sedangkan duit sampai ke hujung bulan pun cukup-cukup saja. Kalau terlalu memikir akan timbul rasa seolah-olah bebanan hutang itu merupakan satu bebanan yang sangat sukar untuk dilangsaikan kerana terlalu banyak.

Ada yang sehinggakan terpaksa berhutang dengan orang lain semata-mata hendak melangsaikan hutang asal. Namun, perkara ini tidak dikira sebagai melangsaikan beban hutang tetapi membuatkannya sebagai perkara yang sukar diselesaikan.

Tapi janganlah berputus asa dalam ujian untuk melangsaikan hutang. Bila kita sudah tekad dengan niat untuk melangsaikan beban hutang, in shaa Allah dengan izinNya, Allah akan sentiasa berikan jalan bagi menyelesaikan.

Oleh itu, berbaliklah kepada Allah dan cuba untuk amalkan amalan-amalan yang boleh membantu mengurangkan beban tersebut seperti berdoa.

Ada sebuah doa yang telah diajar dan boleh diamalkan, iaitu;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

Usaha itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Selain berusaha dengan fizikal, kita juga boleh berusaha dalam bentuk kerohanian.

Artikel Berkaitan   Kaedah Langsaikan Hutang Dengan Asmaul Husna Yang Semua Orang Patut Cuba

kredit zayan