Hilangkan Kesan Karat Pada Pinggan, Khususnya Pinggan Yang Kaca Tu

Lama-lama sekali pabila menjelang perayaan atau nak sambut tetamu VIP kat rumah, mulalah kita tengok-tengok balik pinggan mangkuk, cawan, gelas dan seangkatan dengannya yang dah lama terperuk dalam lemari.  Kekadang tu disebabkan dah lama sangat terperosok dalam ‘peti harta karun’ tuh pinggan mangkuk kaca akan kelihatan seperti ada kesan-kesan coklat atau berkarat.

Selain tu, barangan kaca ni terutamanya gelas atau cawan kaca yang berwarna putih akan terkena ‘jangkitan’ tanda karat tu, biasanya disebabkan oleh kesan kopi  atau teh yang kita mungkin terlepas pandang ketika membasuhnya sebelum disimpan.

Bagi sesiapa yang bernasib baik mungkin akan berjaya bersihkan kembali kesan kotor tu dengan hanya menyentalnya beberapa kali. Tapi kekadang tuh biar pun disental sepenuh hati namun tanda karat tersebut masih juga susah nak dihilangkan, camna kita nak buat? Hmm… che petua ada petuanya camna nak hilangkan karat tu.

Petua Hilangkan Kesan ‘Karat’ Pada Barangan Kaca

Petuanya adalah dengan menggunakan ubat gigi.  Untuk hilangkannya, cuba sapukan sedikit ubat gigi dan sental pada bahagian yang ada kesan karat. Kotoran tersebut biasanya akan lebih mudah tanggal dan pinggan mangkuk kaca atau gelas atau cawan korang akan kelihatan lebih putih berseri-seri.  Lip lap.. lip lap gitu…

(Visited 217 times, 2 visits today)