Hospital Gempar, Pondan Mengamuk Serang Staff Serta Memecahkan Cermin Ambulans

SEORANG pondan mabuk ditahan selepas membuat kekecohan dan mencederakan Penolong Pegawai Perubatan serta memecahkan cermin ambulans milik Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku 6.20 petang semalam di Jalan Kulas berhadapan sebuah bank di Satok.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, kejadian berlaku semasa ambulans terbabit dalam perjalanan ke Kampung Lintang untuk menangani satu kes kecemasan.

Bagaimanapun, katanya apabila ambulans itu sampai di Jalan Kulas, ia ditahan seorang pondan dengan mendepakan tangan di tengah jalan.

“Pemandu ambulans terpaksa memperlahankan kenderaan dan tiba-tiba terdengar bunyi cermin bahagian penumpang di belakang pecah sambil pondan terbabit menjerit-menjerit sendirian tanpa diketahui sebabnya.

“Apabila mangsa cuba membawanya ke tepi jalan, dia bertindak agresif dan menyerang mangsa dengan menarik baju peralatan perlindungan diri (PPE) hingga terkoyak.

“Akibat pergelutan itu, mangsa juga mengalami cedera sebelum suspek beredar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Awang Din berkata, pondan berusia 19 tahun itu yang bekerja di sebuah pasar raya ditangkap kira-kira 10.30 malam di Satok.

Katanya, suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/427/187 Kanun Keseksaan.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Apa Nak Jadi Dengan Malaysia?” Pereka Grafik Disamun Ketika Dobi Baju, Habis Duit, Kereta Dan Kunci Rumah