Ada kata boleh, tapi ada yang kata tak boleh. Jadi apa sebenarnya hukum namakan anak dengan nama Malaikat ? Ini jawapan Ustaz Mohd Izhar. Lepas ni tak perlu komfius lagi. Baca dan kongsikan.
VIRAL ANAK NAMA “MALAIKAT JIBRIL”
Baru-baru ini tular apabila seorang rakyat Malaysia menamakan anak sulungnya dengan nama Malaikat Jibril, ia telah menarik perhatian netizen.
Ada juga yang mengecam kerana nama tersebut nama dengan malaikat. Padahal sebenarnya dibolehkan sahaja dalam Islam selagi mana nama tersebut mempunyai maksud yang baik, menurut Ustaz Mohd Izhar.
JAWAPAN USTAZ MOHD IZHAR
“Ramai yang menghubungi saya mengenai hukum menamakan anak dengan nama-nama para Malaikat. Untuk pengetahuan semua, menamakan anak dengan nama-nama yang baik adalah sunnah.
“Nabi SAW bersabda yang bermaksud: ‘Kamu akan dipanggil pada hari Kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Oleh itu, namakan lah anak-anak kamu dengan nama yang terbaik’ (Ibn Majah)
“Menurut al-Nawawi, al-Qardhawi dan ramai lagi, menamakan anak dengan nama para Nabi dan para Malaikat adalah dibenarkan selagi ia tepat dengan makna dan tatabahasa Arab.
“Justeru, hukum menamakan anak dengan nama JIBRIL/JIBRIEL adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan Akidah atau Syariah Islam,” ujarnya.
Manakala, menurut Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Ustaz Hazaruddin Baharuddin, juga mengatakan ia dibolehkan jika nama tersebut mempunyai maksud yang baik.
“Kebanyakkan ulama berpendapat tiada kesalahan menggunakan nama malaikat tapi biarlah ia mengikut sifat malaikat itu. Elakkan menamakan anak dengan nama malaikat penjaga neraka iaitu Malik Zabaniah.
“Selain nama-nama Allah, nama malaikat juga perlu disandarkan dengan nama lain, iaitu tidak boleh hanya satu nama. Ia perlu ada dua perkataan seperti Muhammad Jibril,” ujarnya.
“Nama Jibril perlu dengan ejaan yang betul, ramai golongan agama lain seperti Kristian dan Yahudi yang juga menggunakan nama itu.
“Kita terikat dengan hadis nabi iaitu; ‘Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka’.
Menamakan anak-anak dengan yang baik sangat penting kerana ia akan digunapakai di Padang Mahsyar kelak.
Sumber: Laicikang