“Ia Adalah 10 Minit Paling Bodoh Dalam Hidup Saya Dan Kini Saya Sedar” Sharifah Rose Minta Gambarnya Dipadam

Bukan mudah untuk menjadi seorang personaliti popular di medan mainstream atau alam maya. Segala tindak-tanduk akan diperhatikan dan menerima analisa head-to-toe daripada netizen serta pengikut.

Dalam hal yang berlaku kepada si cantik, Sharifah Rose, kepalanya tanpa mengenakan hijab yang menjadi isu kelmarin.

Selepas fotonya bersama rakan-rakan yang sedang bercuti di Phuket tersebar, ramai yang bertalu-talu mengecam Rose sehingga dia perlu memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar pada hari kejadian.

Maklumlah, Rose merupakan personaliti berhijab yang mempunyai jumlah followers yang ramai terutamanya di kalangan hijabi remaja.

Twitter

Katanya menerusi sebuah posting di Twitter semalam, dia merasakan perlu untuk memberikan penjelasan.

“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana membuat kamu terkilan dan kecewa.

“Walaupun tiada alasan untuk apa yang telah saya lakukan, saya masih ingin menjelaskan beberapa perkara berkenaan insiden ini.

“Saya ke Phuket dengan kawan rapat dan ibu bapa saya tahu serta telah memberikan izin. Saya tidak cuba menyembunyikan atau berbohong kepada ibu bapa saya tentang keberadaan saya.

Twitter

Berkenaan dengan gambar yang tersebar dan dimuat naik di media sosial, Rose berkata screenshot tersebut diambil daripada Instagram Story salah seorang rakannya.

“Dalam screenshot itu, saya dilihat tidak mengenakan hijab. Biar saya jelaskan, saya ke pantai dan seperti yang kamu lihat, saya berpakaian sesuai.

“Baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menyembunyikan rambut. Topi tersebut basah dan saya membukanya untuk membiarkannya kering sebentar.

“Sepanjang 10 minit semasa saya membuka topi, saya tidak sedar IG Story saya telah diambil.

“Ia adalah 10 minit paling bodoh dalam hidup saya dan kini saya sedar apa saja boleh berlaku dalam tempoh 10 minit itu.”

“Ia adalah satu kesalahan dan saya belajar daripadanya. Terima kasih kepada mereka yang berhubung dengan saya untuk memberikan nasihat dan. I hope we can move past this,” tulisnya panjang lebar.

Artikel Berkaitan   Dosa Isteri Terhadap Suami Yang Membuatkan Isteri Dihumban Ke Neraka... Astagfirullah

Rose turut meminta netizen agar memadamkan fotonya tanpa hijab tersebut sama ada ia telah di-tweet atau retweet kerana dirinya telah belajar daripada kesilapan ini.

Artikel Berkaitan: Sharifah Rose Kongsi 13 Perkara Menarik Korang Boleh Cuba Di Dubai

Sebelum kita berterusan mengecam Rose, lebih baik sekiranya kita fikirkan diri sendiri dahulu dan sama ada kita ini kalis daripada kekhilafan. Betul tak?

Ini bukanlah insiden personaliti berhijab dilihat menanggalkan hijabnya dengan sengaja atau tidak sengaja.