Ibu Sebak Kongsi Gambar Janin Usia 14 Minggu Memegang Jarinya.| Seorang ibu yang keguguran berkongsi gambar-gambar yang memilukan dari janinnya di mana kelihatan bahagian tangan dan kaki kecil ‘bayi’ itu berada dalam keadaan sungguh sempurna.
Wanita itu ingin membuktikan bahawa janin adalah ‘bayi sebenar’ selepas doktor menggelarkan anak yang dikenali sebagai Miran itu sebagai ‘bahan buangan perubatan.’
Sharran Sutherland, dari Fair Grove, Missouri, Amerika Syarikat, memuat naik gambar janinnya yang berusia 14 minggu baru-baru ini dan menjadi viral di media sosial.
Perkongsian itu adalah sebagai usaha untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa janin yang dikandung ibu sudah terbentuk ‘sempurna’ meskipun Miran hanya setinggi empat inci dan seberat 26 gram.
Wanita berusia 40 tahun itu tidak ingin janinnya dibuang, jadi dia dibolehkan membawa pulang janin tersebut untuk dikuburkan seperti yang diinginkan kerana janin hanya secara rasmi akan digelar sebagai bayi ketika berusia 20 minggu.
Dia dan suaminya Michael, 35, membawa pulang Miran ke rumah dan menyimpannya di dalam peti sejuk beku selama seminggu sebelum menguburkannya di pasu bunga di rumah mereka.
Sharran memberitahu, dia mencuba menjalani hidup seperti yang ditakdirkan Tuhan dan kemudian mengambil keputusan untuk berkongsi kisah hidupnya di media sosial.
Dalam gambar yang dimuat naik tersebut wanita ini berkata, “Bagaimana seseorang dapat menafikan bahawa mereka tidak membunuh bayi bila mengambil keputusan menggugurkannya?”
“Saya berharap bahawa dengan berkongsi gambar-gambar bayi lelaki saya yang begitu berharga ini, mungkin akan membuat seseorang yang memikirkan mengenai keguguran akan mengambil keputusan untuk membatalkannya dan membiarkan anak mereka tetap hidup.”
Wanita itu bersyukur kerana dapat merasa kesempatan untuk melahirkan meskipun kehilangan cahaya matanya itu.
“Lihat dia memegang jariku, melihat bagaimana dia terbentuk dengan sempurna, saya merasa amat kagum.
“Saya seakan tidak percaya percaya betapa sempurna kejadiannya. Telinganya, lidahnya, gusinya, bibirnya, saya tidak boleh mempercayainya,” kata Sharra.
Difahamkan setelah jantung Miran disahkan telah berhenti berdegup, doktor mendesak Sharra untuk melakukan satu prosedur dengan cara memotong janin supaya ia dapat dikeluarkan dari rahimnya.
Tetapi dia menolak kerana tidak mahu bayinya itu keluar dalam keadaan tidak sempurna secara cebisan kepingan. Jadi, dia memilih untuk diberi induksi dan melahirkan bayi tersebut secara normal pada 23 April lalu.
Sumber : Daily Mail/Tribun News