
Seorang ibu mengalami pengalaman menyeramkan apabila beliau terlihat kelibat ‘hantu bayi’ dikatil anaknya pada waktu malam.
Maritza Elizabeth, 32, terkejut selepas meninjau monitor yang menyiarkan rakaman dalam bilik anaknya, menyebabkan beliau tidak tidur lena.
Dia bagaimanapun memberanikan diri untuk menyiasat dan menemui sesuatu yang tidak disangka-sangka dalam bilik anaknya.
Maritza yang berkongsikan kisah ini dilaman Facebooknya bukanlah menemui sesuatu yang seram, sebaliknya sesuatu yang melucukan.
Imej hantu bayi itu rupa-rupanya gambar pada tilam anak lelakinya.
“Malam tadi saya betul-betul nampak hantu bayi bersama anak lelaki saya di katil. Saya memang terkejut sampai tak boleh tidur.
So last night I was positive there was a ghost baby in the bed with my son. I was so freaked out, I barely slept. I even…
Posted by Maritza Elizabeth on Friday, 18 October 2019
“Pagi ini saya pergi siasat. Rupa-rupanya suami lupa nak pasang pelindung tilam masa dia tukar cadar. Saya akan bunuh dia,”, katanya sambil berseloroh.
Sumber: Mirror