Ibu kesal, anak kena buli sampai mata pensil tembus di dada

Kes buli dan masalah dengki-mendengki dalam kalangan pelajar sekolah seperti tidak ada surutnya. Tidak kiralah pelajar sekolah menengah ataupun sekolah rendah, keduanya dilihat semakin merisaukan.

Cedera dibuli rakan sekelas
Siang tadi, seorang ibu kepada pelajar lelaki di sebuah sekolah rendah telah meluahkan perasaan di media sosial apabila anaknya dikejarkan ke hospital akibat ditusuk mata pensil hingga menyebabkan kecederaan.

Menerusi Facebook Mell Koleksi Balqis, wanita itu telah memuat naik gambar kecederaan yang dialami anaknya beserta pesanan kepada ibu bapa lain tentang masalah umum yang dihadapi oleh sesetengah anak-anak disekolah.

Tikam dada guna mata pensil
Melalui posting lain, Mell telah menjelaskan apa yang berlaku terhadap anaknya sehingga terpaksa dihantar ke hospital kerana tikaman mata pensil telah terbenam di dada kanak-kanak itu. Tambah Mell, dia tidak menyangka kejadian tersebut berlaku terhadap anaknya sendiri.

Dah lama kena buli
Mell juga sempat mencoretkan kronologi bagaimana anaknya menjadi mangsa buli oleh rakan sekelasnya. Walau bagaimanapun, wanita itu menjelaskan bahawa pendedahan tersebut bukanlah untuk menunding jari kepada mana-mana pihak. Ia cuma sekadar meminta pihak-pihak yang betanggungjawab peka dengan keadaan negatif disekeliling mereka.


Cikgu telefon suruh bawa pergi hospital


Report polis sis!
Menjengah keruangan komen di posting tersebut, rata-rata netizen berasa geram dengan tindakan yang dibuat oleh para pembuli. Mereka juga berasa simpati terhadap nasib yang menimpa anak Mell dan meminta wanita itu melaporkan kepada polis kejadian buli yang dihadapi anaknya supaya menjadi pengajaran untuk semua.

Artikel Berkaitan   Cara Mudah Simpan Bawang Putih Tahan Lebih Lama