Ibu Pelajar Yang Memanggil Cikgunya Pondan Telah Menarik Semula Laporan Polis

Isu rotan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Skudai berakhir apabila kedua-dua pihak tampil memohon maaf antara satu sama lain dalam pertemuan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, kedua-dua pihak tampil memohon maaf secara terbuka dan mencapai kata putus terbaik tanpa mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, ibu kepada pelajar terbabit yang sebelum ini tekad mengambil tindakan ke atas guru lelaki terbabit membuat laporan polis petang kelmarin menarik balik laporan itu semalam.

Aminolhuda (tengah) memerhatikan guru lelaki dan ibu kepada pelajar perempuan bersalaman tanda isu rotan selesai di PPD Johor Bahru, Johor hari ini. Gambar Kosmo

“Pertemuan antara kedua-dua pihak berjalan lancar dan kedua-dua pihak telah mencapai kata putus untuk selesaikan isu ini dengan cara baik.

“Pelajar perempuan tersebut juga telah menarik balik laporan polis dibuatnya sebelum ini dan kita anggap perkara ini selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi dua minit 28 saat menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki ekoran anak perempuannya dirotan akibat mengejek guru tersebut sebagai cikgu pondan.

Isu pelajar memanggil guru BM sebagai Ah Kua viral di media sosialCikgu ini sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak

Dalam rakaman itu guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan rotan pada tubuh anaknya

Artikel Berkaitan   Aiman Hakim Bongkar Saat Tertarik Hati Dengan Zahirah. Rupa-Rupanya Zahirah Mcwilson Pun Rasa Yang Sama