Ibu Penyampai Radio Terkenal Ini Menghembuskan Nafas Terakhirnya Akibat Kegagalan Jantung

Ibu kepada penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham iaitu Asiah Haron, 62, meninggal dunia sekitar pukul 3.40 petang tadi akibat serangan jantung.

Perkhabaran tersebut dikongsi Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, 32, menerusi kemaskini di Instagramnya.

“Pagi tadi, saya mendapat kiriman mesej daripada anak buah yang mengatakan ibu saya terkena serangan jantung. Ketika itu, dia sudah berada di hospital sejak tiga hari lalu.

“Namun, ibu saya meninggal dunia pada pukul 3.40 petang tadi dan jenazahnya akan dikebumikan selepas Isyak malam ini di Batu 11, Kereteh, Kelantan,” katanya menerusi Instagram Stories. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Viral Seorang Wanita Indonesia Mendakwa Anggota Imigresen Melakukan Kekerasan Terhadap Pekerja Warga Indonesia, Ini Jawapan Imigresen