Ibu Terkejut Melahirkan Bayi Berkaki Tiga, Dua Kemaluan Dan Tanpa Lubang Dubur. Doctor Dedahkan Risiko Pembesaran

MOSCOW: Sekumpulan doktor di Moscow, Russia berjaya menyelamatkan seorang bayi berkaki tiga, dua kemaluan dan tanpa lubang dubur yang dilahirkan secara normal oleh ibunya pada Julai tahun lalu.

Daily Mail melaporkan, bayi terbabit menjalani pembedahan beberapa kali sejak dilahirkan untuk membolehkannya hidup normal termasuk membuang kaki ketiganya.

Pembedahan kali pertama dilakukan sebaik saja dia dilahirkan untuk membolehkan dia membuang air sebelum kaki ketiga dibuang sebulan kemudian di Hospital Kanak-Kanak Holy Vladimir oleh pakar bedah pediatrik, Profesor Yury Sokolov, 55, dan Dr Evgenia Kartseva.

Pada Februari lalu, pakar urologi turut membuang salah satu alat kelamin dan pundi kencing tambahan sebelum satu lagi pembedahan membentuk lubang dubur.

Menurut doktor, kaki ketiga pada bayi terbabit dipercayai daripada pasangan kembarnya yang tidak terbentuk dengan sempurna ketika berada di dalam rahim.

Ia dikesan ketika mereka melakukan imbasan rutin terhadap ibunya namun wanita terbabit enggan menggugurkan kandungan terbabit.

“Kemungkinan besar bayi ini sepatutnya mempunyai pasangan kembar apabila terdapat kaki ketiga di antara dua tumitnya. Ia mungkin pasangan kembar lelaki namun tidak terbentuk dengan sempurna,” kata doktor. – Agensi