Ikan Cuci Cermin Solusi Mujarab Untuk Penyakit Eczema. Petua Tradisional Turun Temurun

Ikan cuci cermin atau dipanggil juga sebagai ikan bandaraya dikatakan boleh mengubati penyakit ekzema atau atopic dermatitis iaitu keadaan rada pada kulit dengan gatal, bengkak dan rumah merah seolah kulit melecur serta berair yang menyebabkan kegatalan.


Penyakit ekzema biasa akan berlaku kepada bayi atau kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia boleh berlaku sama ada di pergelangan tangan, muka, pertengahan sikut atau pun lutut. Apabila ia terjadi kulit yang terkena penyakit ini akan kelihatan berkerak dan gatal.

Penyakit kulit kadang-kadang amat merimaskan selain gatal berpanjangan.

Antara penawar eczema yang mujarab adalah ikan cuci cermin ini yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Md Rosdi Hassanyang berkongsi bagaimana ikan bandaraya ini boleh menjadi ubat yang berkesan jika sesiapa saja yang diserang penyakit kulit ini.

Ikan Cuci Cermin Penawar Penyakit Ekzema

Jangan pandang hina pada ikan cuci cermin.

Ikan bandaraya dalam bahasa saintifik adalah Hypostomus plecostomus.

Semalam tayar motosikal tua saya pancit jadi saya menolak motosikal saya. Ketika saya lalu di kawasan sebuah sungai saya lihat beberapa orang sedang menjala ikan di situ.

Boleh dikatakan banyak ikan yang mereka dapat di sungai itu, ikan yang mereka dapat ialah seperti ikan lampam, talapia serta haruan. Ikan cermin yang masuk dalam jala, mereka buang begitu saja.

Saya tanya, “kenapa buang ikan ini bang?”

Jawab mereka ikan tu tak boleh dimakan dengan selamba sahaja mereka akan membuang ikan bandaraya itu. Jawab mereka ambillah kalau hendak.

Lalu saya bertanya kepada mereka, “boleh saya ambil anak tu bang?”

Dengan pendek mereka menjawab, “ambillah.”

Saya pun mengambil semua ikan yang mereka buang itulah dan ikan itu akan saya gunakan untuk membantu kepada seorang budak yang bermasalah dengan penyakit kulit eczema.

Tahukah anda ikan cuci cermin boleh merawat penyakit ekzema?

Sesiapa boleh cuba petua untuk merawat ekzema ini, mana tahu sembuh.

Caranya sungguh mudah carikan ikan cuci cermin dalam enam atau tujuh ekor kemudian bersiang kulitnya yang kasar itu dan ambil isinya untuk dijadikan sup dan makan sup serta isi ikan tersebut.

In Sha Allah kalau selalu diamalkan selalu penyakit kulit ekzema akan pulih dengan cara rawatan ini.

Jangan anda terkejut bila memakan isi ikan ini nanti kerana rasanya cukup sedap dan tak perlu dirisaukan kerana ia halal untuk dimakan.

Kalaulah dan bermacam ubat anda gunakan untuk merawat penyakit eczema tak juga sembuh, cuba anda menggunakan cara ini pula, mana lah tahu kalau ia serasi dengan anda. – Md Rosdi Hassan.

Tidak salah untuk anda mencuba dan menjadikan ikan cuci cermin ini sebagai cara untuk mengatasi penyakit kulit ekzema ini memandangkan ia terbukti boleh dimakan selain tidak akan memudaratkan jika dimakan. Semoga membantu dan bermanfaat.