Ikan Tenggiri Masak Sambal Memang Makan Tak Jemu, Cara Masak Yang Betul Supaya Isi Masak Dengan Baik

  • 4 ketul ikan tenggiri segar
  •  1 mangkuk kecil cili boh
  •  3 biji bawang besar – dimayang
  •  5 ulas bawang merah – dihiris nipis
  •  5 ulas bawang putih – dihiris nipis
  •  1 cm halis- dihiris nipis
  •  2 batang serai – diketuk
  •  2 biji tomato – dibelah 4 bahagian
  •  sedikit serbuk kunyit
  •  bahan perasa
  •  minyak untuk menumis
  •  air secukupnya
  1. Gaulkan ikan tenggiri bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak yang berasingan,masukkanbawang merah,bawang putih,halia dan tumiskan hingga garing.
  4. Masukkan pula cili boh serta serai dan tumiskan lagi hingga naik minyak.
  5. Kemudian,masukkan air jika kuah terlalu pekat.
  6. Masukkan pula tomato serta bawang besar yang dimayang dan akhir sekali ikan tenggiri yang digoreng tadi.
  7. Perasakan ia dengan gula dan garam.
  8. Gaulkan sebati dan siap untuk dihidang.
Artikel Berkaitan   Resepi Gulai Masak Lemak Ala Kelantan, Makan Untuk Tengahari Ni, Masyallah Sedapnya