“Ikuti Cara Ni, Semakin Berasa Sakit Akan Membuatkan Ia Bertambah Sembuh” Rawatan Pelik ini Dikritik Oleh Pakar

LONDON: Kursus terapi tamparan yang boleh dipelajari secara atas talian didakwa boleh menyembuhkan gejala penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan arthritis dengan cara menampar bahagian tubuh lain sehingga lebam, satu amalan dikenali sebagai ‘Paida Lajin’.

Dengan bayaran kurang £40 euro (RM185.60), ahli terapi meminta orang ramai menyasarkan bahagian sakit yang tidak dapat dicapai tangan, menggunakan tongkat, batu atau bahkan pemotong daging.

Rakaman video menunjukkan, ahli terapi berulang kali menampar pelajar sehingga 15 minit pada satu-satu masa sambil berkata, semakin berasa sakit akan membuatkan ia bertambah sembuh.

Seorang peserta pula diarah berterusan menampar kepalanya, walaupun ia menyebabkannya migrain.

Ahli terapi memberitahunya agar memukul kepala berulang kali untuk melegakan semua penyakit kronik serta menyembuhkan sakit kepala, insomnia, penyakit kardiovaskular dan Alzheimer.

Martin Ledwick dari Penyelidikan Kanser United Kingdom berkata: “Paida Lajin sangat berbahaya.

“Kami menggesa orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam amalan tidak selamat ini.

“Tiada yang lebih risau melihat ia diiklankan dan dakwaannya mengatakan kanser tidak mempunyai kaitan dengan fakta saintifik.

“Diagnosis kanser boleh menjadi sangat sukar justeru kita fahami mengapa pesakit mencari rawatan alternatif, tetapi tiada pesakit kanser ditawarkan pengalaman menyakitkan dan mengerikan itu,” katanya.

Artikel Berkaitan   Akibat Menyindir Kitar Semula, Lelaki Ini Diperintah Ambil Semula Peti Ais Dalam Gaung