“Impact Speed 270/280kmj Syukur Dipanjangkan Umur,” – Asyraf Mazlan Akui Lambo Berpusing 5 Kali Sebelum…

Bintang media sosial yang juga usahawan, Asyraff Mazlan ada berkongsi pautan video serta foto mengenai impak kemalangan yang dialaminya, kira-kira empat tahun lalu.

Menerusi kemalangan yang menimpanya, kenderaan yang dipercayai dinaiki serta dipandu rakannya dilaporkan terbabas.

“Masa ni convoy baru sampai Rawang eksiden masa tengah speeding tak sempat elak Hilux keluar tiba2.

“Tapi punya degil lepas eksiden pergi juga Penang naik kereta kawan. Masa tu tak sedar ada blood clot dekat otak.

“Mata tak nampak clear sebab semua benda saya nampak double. Nak whatsapp kena baca dari tepi sebab tak boleh baca.

“Last2 dekat Penang xda function saya tido je dalam bilik sebab Pening #lamborghini #accident,” tulisnya pada posting seterusnya, lengkap bersama foto pasca kemalangan.

Lalu menerusi entri terkininya pula, Asyraf turut berkongsi fotonya yang terlantar di hospital selepas mengalami pendarahan dalaman.

Lebih tragik, dia juga didakwa pengsan selama tiga hari di rumah dan otaknya juga turut melalui fasa perubahan sehingga 30 peratus dari bentuk asal.

“Ni lah akibat accident dulu. Impact speed 270/280kmj syukur masih dipanjangkan umur. 5 kali spin sebelum masuk longkang . Yang bagus Lambo ni rendah dan dia tak mudah terbalik.

“Baru tahu bila kita accident biar berdarah, bila accident teruk tapi nampak steady sebenarnya lagi bahaya. Kemungkinan pendarahan dalaman. Benda tu lah sikit-sikit jadi blood clot dekat kepala saya.

“Thanks pada sahabat2 yg pecah rumah saya sebab saya pengsan di rumah selama 3 hari, otak saya dah berubah 30% dari bentuk asal sebab blood clot. Bila sampai hospital, kena Operation on the spot,” tulisnya mengimbas memori.

Sementara di ruangan komen, para pengikutnya turut berdukacita mengenai kejadian yang pernah menimpa Asyraf dan pada masa sama, turut berkongsi pengalaman.

Artikel Berkaitan   Percuma RM500 Untuk Murid-Murid 7-12 Tahun. Daftar Sekarang