Indonesia Idol Dikecam Gunakan Kesedihan BCL Untuk Naikkan Rating

Hampir dua minggu pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, pasti ramai yang masih bersedih di atas kehilangan pelakon itu. Namun kesedihan itu tidak setanding dengan apa dirasai oleh keluarga arwah terutama sekali Bunga Citra Lestari.

Baru-baru ini, BCL kembali menggalas tugasnya sebagai juri Indonesia Idol yang sebelum ini diambil alih sementara oleh Rossa. Namun kesedihan BCL tidak dapat dibendung saat mendengar lagu ‘Tak Mungkin Bersama’ nyanyian Judika.

Malah, video BCL dia menangis teresak-esak di rancangan tersebut tular di media sosial. Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam rancangan itu dan mendakwa sanggup menggunakan kesedihan BCL untuk menaikkan rating semata-mata.

Netizen mengatakan, pihak produksi sepatutnya lebih peka dan sensitif untuk menjaga hati BCL yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan pihak produksi kerana mereka tidak sepatutnya meminta Judika menyanyikan lagu sedih dihadapan BCL.

Artikel Berkaitan   Bosan Makan Gaji? Inilah 6 Cara Mulakan Bisnes Dengan Modal Kecil

Meskipun BCL kelihatan kuat untuk kembali bekerja namun sebenarnya hatinya masih berduka kerana kehilangan orang tersayang. Apa pun diharap BCL kekal tabah dan kuat menghadapi ujian.