“Ini Adalah Warisan Negara” Rumah Api Berusia 120 Tahun Diancam Hakisan, Ini Langkah Terbaik Kerajaan

COPENHAGEN – Sebuah rumah api berusia 120 tahun yang terletak di pantai barat Denmark dialihkan disebabkan hakisan.

Rumah api Rubjerg Knude mula beroperasi pada 1900 terletak kira-kira 200 meter dari pantai, tetapi kini ia hanya kira-kira enam meter dari Laut Utara.

Ia juga merupakan destinasi pelancongan popular dan mampu menarik kira-kira 250,000 orang setahun ke bukit pasir di pulau Jutland Utara itu.

Pada Selasa lalu, operasi mengalihkan rumah api setinggi 23 meter yang terletak di Jutland di Pulau Egtved itu dilakukan bagi menyelamatkannya daripada hakisan pantai.

10 jam diambil untuk mengalihkan rumah api Rubjerg Knude. – Foto Agensi

Binaan seberat 1,000 tan (50,000 kilogram) itu diletakkan di atas satu platform beroda dan landasan untuk dipindahkan sejauh 80 meter dari pantai.

Datuk Bandar Jutland, Arne Boelt berkata, banyak perkara boleh berlaku apabila mengalihkan rumah api yang terletak di atas bukit setinggi 60 meter dari aras laut itu.

Rumah api itu dialihkan pada kelajuan lapan meter sejam dan operasi berkenaan mengambil masa kira-kira 10 jam.

Rumah api berusia 120 tahun menjadi destinasi pelancongan popular dan mampu menarik kira-kira 250,000 orang setahun ke bukit pasir di pulau Jutland Utara itu.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar Denmark, Lea Wermelin berkata, rumah api itu sebagai harta negara.

Kementerian itu telah memperuntukkan perbelanjaan 580,000 Pound (RM3.12 juta) bagi menyelamatkannya daripada hakisan – Agensi

Artikel Berkaitan   Pelakon Dan Pengarah Terkenal Roslan Hussin Menghembuskan Nafas Terakhirnya Semalam Secara Tiba-Tiba Di Lampu Isyarat